Langkau ke kandungan utama

Anak-Anak Pokok Menarik dari Jabatan Pertanian Ayer Hitam

"Seronoknye kalau ada pokok durian sendiri, tak payah beli buah durian, dah la mahal 💸" (Di Kelana Jaya, durian dijual RM20 untuk 6-7 ulas 😭). 

Saya percaya, ramai yang berfikiran begitu. Bukan sahaja pokok durian, tetapi buah-buahan lain seperti nangka, cempedak, ciku, manggis...😋

Namun, kebanyakan tanaman ini mengambil masa yang lama untuk berbuah terutama bila ditumbuhkan dari biji benih. Maka, salah satu penyelesaiannya adalah dengan membeli anak pokok kerana ia sememangnya menjimatkan masa.

Tetapi, dimanakah boleh mendapatkan anak-anak pokok tersebut? Kebetulan saya berkenalan dengan Puan Hasimah dari Institut Pertanian Ayer Hitam, Jabatan Pertanian Malaysia dan beliau memberikan beberapa jenis tanaman yang terdapat di sana;

Pokok Buah-Buahan...

Pelbagai jenis durian

Durian Mothong

Durian Musang King.
Wahh...dah tau dah next-next budget nak beli apa...😃

Cempedak
Buah Naga @ Dragon fruit

Sejujurnya, saya baru tahu kewujudan pokok ini di Malaysia beberapa bulan yang lalu.
Sebelum ini cuma nampak gambar di kotak Peel Fresh sahaja...😂

Nangka Madu

Limau Kasturi

Limau Nipis tanpa biji (seedless)

Petai

Pokok Mulberry
Pokok Lemon
Pokok Cermai

Strawberry
Belimbing Madu

Ciku Jantung

Markisa

Nanas kegemaran ramai...buahnya manis...😋😋😋

Bukan buah-buahan sahaja, tanaman lain pun ada...

Rerama merah

Belalai Gajah

Ketumbar Jawa.

Daun Kari
Daun Pandan
Bunga Kantan
Kunyit Putih

Pokok Jarum Tujuh Bilah @ Duri Tujuh Herba
Daun Selom
Pokok Putat

Rumput Beijing @ Rumput Cina

Teringin nak tanam orkid...

...last sekali, produk-produk lain turut ada...

Baja buah

Tanah campuran

Tanah hitam

Pernah baca petua dari pengusaha nursery yang menyarankan penggunaan baja cecair,
lebih berkesan katanya. Walaupun penulis lebih gemarkan baja kompos,
baja ni masuk dalam senarai penulis untuk dibeli sebagai back-up.

👍👍👍

Bestnye...macam mana nak beli

Kebanyakan anak-anak pokok ini berharga kurang RM50, bergantung pada saiz dan jenis, sekiranya berminat, boleh hubungi;

Hasimah Binti Fazil
Penolong Pegawai Pertanian,
Institut Pertanian Ayer Hitam,
Karung Berkunci 101,
86100, Ayer Hitam, Johor

Tel.: 07-7581161

Catatan Penulis

Gambar yang disertakan hanyalah sedikit contoh sahaja; hasil perbualan saya dengan Puan Hasimah, ada juga
  • Anggur hitam
  • Jambu
  • Limau
  • Limau nipis Siam
  • Limau purut
  • Manggis
  • Rambutan
  • Sunkist
  • dan lain-lain
Sekarang penulis tengah bingung...nak beli yang mana satu dulu ye? 😵...

Ulasan

Panduan Popular

9 Manfaat Leca Ball untuk Aktiviti Perkebunan

" ...penggunaan leca ball  menjadikan pasu ringan sekaligus memudahkan aktiviti berkebun dalam pasu " Gambar atas, kiri : Gambaran bungkusan  leca ball  yang terdapat di pasaran. Gambar atas, kanan : diantara manfaat leca ball . Gambar bawah : maklumat am  leca ball . Leca  merupakan akronim kepada " Lightweight Expanded Clay Aggregate " dan ianya merujuk kepada ciri-ciri leca ball  iaitu; Diperbuat daripada tanah liat yang di kembang kan dan, Ianya adalah ringan .