Hampir setiap minggu, penulis akan pergi ke pasar tani di Kelana Jaya untuk beli nanas yang telah siap dipotong dan dibungkus kemas di salah sebuah gerai di sana. Nanasnya sedap, manis, dan yang paling penting, sudah tersedia untuk dimakan, 😋
Bagaimana Cara untuk Menumbuhkan Nanas?
Buah nanas boleh ditumbuhkan dengan 2 cara;
- Melalui biji benih.
- Melalui mahkota/jambul nanas i.e bahagian atas buah nanas.
Catatan penulis: Penulis sedang berusaha untuk mencambahkan biji nanas, namun tidak berjaya pada peringkat ini. Sekiranya berjaya, penulis akan mengemaskini artikel ini ataupun menulis artikel yang baru.
Penyediaan Tanah Pokok Nanas
Penting: sistem pengairan yang berkesan adalah kritikal kerana nanas tidak sukakan air yang banyak, malahan akan reput dalam keadaan lembap.Campuran tanah yang sesuai adalah yang mempunyai sistem pengairan yang pantas, contohnya;
- Campuran tanah Bromeliad/Kaktus + Perlite pada nisbah 2:1. Pada bahagian dasar boleh diisi dengan batuan kecil atau leca ball sedalam 2 inci/5 cm, diikuti dengan campuran tanah pilihan.
- Campuran tanah saya? Tanah hitam + tanah bakar + perlite pada anggaran nisbah 4:1:2. Tanah bakar sedikit sahaja kerana kekurangan sumber.
Cara Menanam Nanas daripada Mahkota/Jambul Nanas
1) Beli buah nanas. Saya beli yang dah siap potong di pasar tani, kemudian bertanya dengan penjual samada boleh atau tidak saya minta/beli mahkota nanas yang nampaknya akan dibuang oleh penjual. Penjual itu dengan murah hatinya memberikan saya mahkota nanas tanpa mengenakan sebarang bayaran. Yeah! Sokong peniaga pasar tani! 😆
2) Bersihkan mahkota nanas. Buang isi nanas kerana ia boleh mereput sekaligus merencat pertumbuhan pokok nanas. Kemudian, potong tipis bahagian dasar mahkota nanas sehingga kelihatan tunas akar yang kelihatan seperti bulatan kecil/titik. Potong tipis untuk mengelakkan dari memotong tisu mahkota nanas yang masih muda. Buang dedaun kira-kira seinci pada bahagian dasar mahkota nanas dan akan kelihatan benjolan berwarna coklat (rujuk gambar dibawah); benjolan ini merupakan root primordia atau primordia akar dimana akar baru akan tumbuh. Biarkan mahkota nanas kering untuk beberapa hari untuk menggalakkannya pulih akibat dipotong serta mengelakkannya daripada reput.
Jambul nanas yang telah dibersihkan, dipotong dan direndam untuk menggalakkan pembentukan akar. |
3) Tumbuhkan akar pada mahkota nanas. Rendam mahkota nanas didalam air dan tukar air setiap hari sehingga akar tumbuh kira-kira 2-3 cm. Penulis ada terbaca bahawa akar akan tumbuh dengan lebih banyak sekiranya direndam didalam cawan yang gelap. Menumbuhkan akar adalah penting kerana ia kunci samada mahkota nanas akan tumbuh menjadi pokok baru atau tidak.
Akar mula muncul dari root primordia pada hari ke-3 rendaman. |
Akar semakin banyak terbentuk. |
Akar tumbuh memanjang. |
Akar rerambut mahkota nanas untuk membantu penyerapan air. |
4) Tanam mahkota nanas. Apabila akar sudah tumbuh, tanam mahkota nanas didalam tanah, siram dan letakkan pada tempat yang terdedah kepada cahaya matahari. Siraman pertama adalah secara menyeluruh (i.e sampai air mengalir keluar daripada pasu) manakala siraman seterusnya dilakukan apabila tanah mulai kering; adalah penting untuk memastikan tanah sekadar lembap, tidak basah dan tidak kering. Siraman terlalu banyak boleh mereputkan akar pokok. Pada peringkat ini, mahkota nanas sedang i) membentuk akar yang kuat yang mengambil masa 6-8 minggu, ii) daun baru mulai tumbuh dan daun lama berguguran. Untuk memeriksa samada akar sudah tumbuh dengan baik atau tidak, cuba tarik mahkota nanas dengan lembut, sekiranya ia melawan, ini menandakan akar sudah tumbuh dengan baik. Sekiranya tidak, mahkota nanas akan mudah tercabut dan akar tidak kelihatan Pembajaan adalah tidak perlu. Selepas 2 bulan, mahkota nanas sepatutnya sudah menjadi anak pokok nanas yang baru. Setelah setahun, anak pokok nanas sudah boleh dipindahkan.
5) Pindahkan anak pokok nanas. Pindahkan anak pokok nanas ke pasu. Padatkan tanah disekeliling anak pokok nanas namun elakkan tanah dari memasuki dalam daun. Pokok nanas boleh dipindahkan lagi sekiranya akar pokok nanas sudah memenuhi ruang dalam pasu (root-bound). Kegagalan berbuat demikian menyebabkan pertumbuhan tanaman nanas menjadi terbantut.
Catatan penulis: Rasanya boleh sahaja tanam terus kedalam tanah. Penulis tidak dapat melakukannya lantaran musim hujan dan pokok nanas tidak menyukai keadaan yang lembap pada jangka waktu yang panjang

Penjagaan Pokok Nanas
Lokasi. Kawasan terbaik untuk menanam pokok nanas menerima pencahayaan sekurang-kurangnya 6 jam sehari. Kelebihan pokok nanas adalah, ia sesuai untuk ditanam di kawasan yang menerima matahari petang yang lazimnya lebih panas, terik dan kering, yeay!!! 🙌
Pengairan. Pokok nanas memerlukan air yang sedikit sahaja. Keunikan pokok nanas adalah, memandangkan ia tergolong dalam keluarga Bromeliaceae, dedaun keluarga ini mampu menakung sekaligus menyimpan air maka ada petua untuk menyembur air pada dedaun di lapisan bawah bagi mengelakkah pokok nanas mengalami kekeringan.
Serangan serangga. Serangga yang berkemungkinan untuk menyerang adalah mealy bugs (koya), scale dan mite. Langkah pencegahan yang dianjurkan adalah menggunakan Semburan Sabun. Cara membuatnya telahpun ditulis disini.
Serangan penyakit. Pokok nanas terdedah kepada penyakit "heart rot" yang disebabkan oleh serangan kulat dimana dedaun di bahagian tengah bertukar menjadi hitam dan mudah tertanggal. Penyakit heart rot adakalanya boleh diselamatkan dengan menuangkan racun kulat pada bahagian tengah tumbuhan; sekiranya berjaya, pucuk baru akan timbul, yang akan menjadi tumbuhan baru dimana ianya akan berbunga dan berbuah. Pucuk baru ini boleh dibiarkan membesar atas tanaman yang lama, atau pindahkan dan tanam di kawasan yang lain.
Pembentukan bunga. Pucuk bunga akan terbentuk di tengah-tengah daun apabila tanaman nanas telah berusia 12-14 bulan serta mempunyai ketinggian kira-kira 60 cm.
Pembentukan buah. Buah akan terbentuk apabila kesemua kelopak bunga nanas menjadi kering (dalam tempoh 2 bulah setelah berbunga). Buah nanas mengambil masa 3-6 bulan untuk matang. Sekiranya buah tidak terbentuk, terdapat pelbagai cara untuk 'memaksa' tanaman nanas mengalirkan sumber tenaganya kepada pembentukan buah dan bukan kepada pembentukan daun baru, diantaranya; i) baringkan pokok nanas pada sisinya (terutama yang ditanam didalam pasu) apabila tidak menyiramnya. Ini akan mengganggu hormon tumbuhan, menyebabkan pembentukan hormon baru, ethylene yang menggalakkan pembentukan bunga; ii) letakkan 2 biji epal yang telah masak (terlebih masak lagi bagus) berhampiran tanaman nanas selama 2 minggu (dianjurkan untuk melakukannya di kawasan yang teduh). buah epal yang sedang masak menghasilkan gas ethylene yang menggalakkan pembentukan bunga; iii) letak sedikit karbaid (calcium carbide), kira-kira saiz kuku jari di tengah-tengah tumbuhan dan siram sedikit air terhadapnya. Ini akan membebaskan gas acetylene yang akan memaksan pokok nanas berbunga 2-3 bulan kemudian. Cara ini (no. iii) akan lebih berkesan sekiranya dilakukan lewat petang, semasa cuaca tidak begitu panas.

Mengutip hasil. Buah nanas sedia untuk dipetik apabila separuh daripada kulitnya berwarna kuning; warna kuning bermula pada bahagian bawah dan naik ke atas, i.e. bahagian mahkota/jambul nanas. Cara lain untuk mengetahui samada buah nanas sudah masak atau tidah adalah dengan menarik daun nanas. Sekiranya daun nanas tercabut dengan mudah, buah nanas sudah masak.
Tanaman Seterusnya?
Adakalanya, pucuk baru akan muncul pada bahagian bawah dedaun nanas. Pucuk/anak pokok baru juga akan tumbuh dari tumbuhan induk sesudah buah nanas dikutip. Biarkan pucuk ini tumbuh pada tumbuhan induk sehingga mencapai ketinggian kira-kira 30 cm sebelum dipotong dan ditumbuhkan sepertimana menumbuhkan tanaman nanas dari mahkota/jambul nanas. Dengan cara ini, tanaman nanas yang baru akan mengambil masa yang lebih singkat untuk menghasilkan buah.
Ulasan
Catat Ulasan