Bawang putih merupakan bahan asas masakan untuk kebanyakan resepi bukan sahaja di Malaysia, bahkan boleh dikatakan di kebanyakan negara. Bawang putih dilaporkan telah digunakan sejak Tamadun Purba Mesir sebagai ubat-ubatan dan penambah perasa.
Selain sebagai penyedap masakan (kegemaran penulis, ayam + halia + bawang putih + sedikit garam, kemudian dikukus sehingga masak), bawang putih juga menawarkan pelbagai manfaat kesihatan, diantaranya;
Lelaman WebMD ada menerangkan dengan lebih jelas manfaat bawang putih yang telah dan belum dibuktikan secara saintifik. Sekiranya terdapat para pengunjung yang ingin beramal dengan bawang putih sebagai perubatan alternatif, dianjurkan untuk merujuk lelaman tersebut dan berbincang dengan doktor anda.
Selain sebagai penyedap masakan (kegemaran penulis, ayam + halia + bawang putih + sedikit garam, kemudian dikukus sehingga masak), bawang putih juga menawarkan pelbagai manfaat kesihatan, diantaranya;
Khasiat bawang putih. Sumber gambar: Organic Facts. |
Lelaman WebMD ada menerangkan dengan lebih jelas manfaat bawang putih yang telah dan belum dibuktikan secara saintifik. Sekiranya terdapat para pengunjung yang ingin beramal dengan bawang putih sebagai perubatan alternatif, dianjurkan untuk merujuk lelaman tersebut dan berbincang dengan doktor anda.
Tumbuhan Bawang Putih
Bawang putih merupakan tanaman yang mudah ditanam; ia tumbuh pada ketinggian kira-kira 1.2 meter dan memerlukan kawasan yang kecil sahaja.
Apa yang menarik tentang bawang putih adalah potensinya dalam pencegahan serangga perosak kerana kebanyak serangga tidak menggemari bawang putih. Namun begitu, ia juga boleh menyebabkan tanaman seperti peria katak yang memerlukan agen pendebunga tidak akan membuahkan hasil melainkan persenyawa
Apa yang menarik tentang bawang putih adalah potensinya dalam pencegahan serangga perosak kerana kebanyak serangga tidak menggemari bawang putih. Namun begitu, ia juga boleh menyebabkan tanaman seperti peria katak yang memerlukan agen pendebunga tidak akan membuahkan hasil melainkan persenyawa
Percambahan Bawang Putih
Bawang putih mudah dicambah, hanya;- Cucukkan/tanam 1 ulas bawang putih kedalam tanah (penulis adakalanya tidak menanam sepenuhnya) dimana bahagian yang keras dan rata didalam tanah (bahagian ini akan membentuk akar).
- Siram, namun elakkan tanah menjadi terlalu lembap atau air bertakung kerana ia akan menggalakkan proses pereputan.
- Pucuk akan muncul dibahagian atas bawang putih
Penanaman Bawang Putih
Cara Menanam. Tanam pada kedalaman 5 cm dan berjarak pada 10 cm antara satu sama lain.
Lokasi. Bawang putih tumbuh dengan baik di bawah cahaya matahari penuh (6-8 jam). Ini kerana, bawang putih mempunyai jumlah permukaan daun yang kecil berbanding dengan tanaman lain; proses fotosintesis berlaku apabila cahaya matahari terdedah kepada warna hijau pada tumbuhan, maka pendedahan penuh kepda cahaya matahari membolehkan daun bawang putih berfotosintesis pada kadar yang maksima sekaligus memberikan hasil yang lebih besar. Elakkan menanam bawang putih dikawasan yang i) sebelum ini digunakan untuk menanam keluarga bawang, seperti bawang putih, bawang besar, bawang merah, chives dan leek; ii) air bertakung kerana boleh membawa kepada pereputan akar atau menyebabkan akar berpenyakit.
Tanah. Tanah yang sesuai adalah tanah yang subur (kaya dengan sisa organik) dan mempunyai sistem saliran yang baik. Dianjurkan untuk menambah kompos yang telah matang kedalam tanah. Membina batas (raised-bed) untuk penanaman bawang putih merupakan satu cara yang bernas kerana ianya mengelakkan air daripada bertakung.
Penanaman Regu. Bawang putih sesuai ditanam bersama-sama dengan kebanyakan tumbuhan (kecuali keluarga bawang seperti bawang putih, bawang besar, bawang merah, chives dan leek) kerana kebanyakan serangga menjauhi bawang putih.
Gambar kiri: Bawang putih yang sedia ditanam didalam seed starter pot. Gambar kanan: Bawang putih yang ditumbuh bersama pokok Avocado (atas) dan tanaman campuran honeydew, bunga matahari dan bangun-bangun. |
Penjagaan Tanaman Bawang Putih
Pembajaan. Pembajaan adalah perlu sekiranya daun menjadi kuning; namun begitu, bawang putih tidak mampu menyerap nutrien dengan banya. Baja yang sesuai adalah baja NPK 10-10-10 atau baja lambat lepas (slow-released fertilizer) yang mempunyai kandungan nitrogen (N) yang tinggi.
Sungkupan. Kehadiran rumpai akan merencat pertumbuhan bawang putih, maka sungkupan adalah perlu untuk membantu pengawalan rumpai. Namun begitu, elakkan dari meletakkan sungkupan pada i) musim hujan dan ii) setelah pembentukan bebawang (bulbs) bawang putih kerana kandungan air yang tinggi dalam tanah boleh i) menyebabkan akar bawang putih menjadi reput serta ii) menjejaskan pembentukan bebawang yang baru.
Pembentukan Bunga. Sesetengah varieti bawang putih akan mempunyai tangkai (scape) yang matang lalu membentuk bebawang kecil (bulbil). Adakalanya, bulbil dianggap sebagai bunga kepada bawang putih walaupun ia sebenarnya bukanlah bunga yang sebenar. Lama-kelamaan, bulbil akan membentuk menjadi bawang putih. Apabila bulbil terbentuk, amatlah dianjurkan untuk memotongnya supaya kesemua sumber tenaga dan nutrien dialirkan untuk pembentukan bawang putih yang berada di dalam/permukaan tanah. Sekiranya bulbil dibiarkan terbentuk dan ber'buah', saiz bawang putih di dalam/permukaan tanah akan menjadi kecil kerana wujudnya persaingan.
Serangan Serangga. Bawang putih mempunyai sedikit sahaja masalah serangan serangga kerana ia merupakan sumber alam sebagai pencegah serangga. Namun begitu, ia rentan (susceptible) kepada serangan cacing nematode.
Serangan Penyakit. Disebabkan kurang serangga yang gemarkan bawang putih, maka kurang pembawa penyakit lantaran bawang putih kurang dikena penyakit berjangkit (kurang tidak bermakna tiada). Namun begitu, tanaman bawang putih rentan kepada penyakit White Rot akibat serangan kulat terhadap daun dan akar. Penyakit white rot lazimnya berlaku pada cuaca sejuk.
Pengutipan Hasil Bawang Putih
Simpanan. Bawang putih tersedia untuk disimpan setelah kulit luarnya kering dan mempunyai tekstur seperti kertas (papery), akarnya kering dan keras, dan setiap ulas bawang putih boleh dipisahkan dengan mudahnya. Buang kulit luar (bahagian yang berwarna putih) sekiranya kotor. Seeloknya simpang bawang putih di tempat yang gelap dan kering.
Tanaman seterusnya. Sekiranya ingin menanam tanaman bawang bawang putih pada musim seterusnya, pilih dan simpan bebawang yang paling besar dan mempunyai bentuk paling cantik
Ulasan
Catat Ulasan