Langkau ke kandungan utama

Laman Lily

Pengenalan

"Inovasi dalam dunia perkebunan memberi contoh yang baik untuk menjadikan halangan dan cabaran kepada sesuatu yang positif serta memanfaatkan"

Laman ini wujud dengan tujuan untuk berkongsi ilmu, pengalaman, suka dan duka saya dalam mempelajari serta mempelopori dunia perkebunan. Ini merupakan usaha saya yang kedua dalam bidang perkebunan serta penulisan alam maya (blog).

Minat dalam bidang penanaman bukanlah sesuatu yang baru; namun ia disuntik dengan semangat yang baru sepanjang pengajian kedoktoran saya. Walaupun dunia perkebunan wujud berabad lamanya, pengalaman mengajar bahawa masih ada sesuatu yang baru yang boleh dipelajari, asalkan, mahu belajar.

Perkebunan Millenia Ini

Aktiviti perkebunan secara tradisinya dilakukan diatas tanah. Namun disebabkan kekangan kawasan serta kewangan, manusia semakin kreatif serta berinovasi dalam bidang perkebunan sebagai contoh menanam secara menegak (vertical garden) serta tanaman dalam bekas yang sesuai diamalkan di kawasan bandar.

Selain daripada itu, wujud juga sistem penanaman yang tidak menggunakan tanah sebaliknya menggunakan medium lain seperti air (hydroponic), serta beberapa produk alternatif yang lain (perlite, mulch barks, etc).

Contoh penggunaan medium alternatif (sabut) dalam penanaman pasu.

Tambahan pula, teknik perkebunan tradisi (atas tanah) juga disuntik nafas baru (small square garden) disamping teknik pembajaan dan penjagaan tanaman yang telah diinovasi supaya bersifat lebih ekonomi, hijau serta mapan.

Kenapa Berkebun

Ianya memanfaatkan, samada kepada kesihatan diri (fizikal dan mental), secara ekonomi (mengurangkan perbelanjaan barang basah), mahupun menyerikan kawasan persekitaran anda.

Sebagai contoh; saya sukakan bunga matahari. Bagi saya, ianya suatu simbol kepada keceriaan dan ianya mendatang senyuman setiap kali saya melihat bunga ini berkembang. Disebabkan hal ini, saya dalam proses menanam bunga matahari dihadapan pintu supaya saya boleh melihatnya setiap kali saya pergi dan balik. Secara tidak langsung, bunga matahari memainkan peranan sebagai terapi diri kepada saya.

Bunga matahari yang mula berkembang

Bunga matahari yang sedang berkembang

Kesimpulan

Aktiviti berkebun sememangnya memanfaatkan bagi sesiapa yang minat. Namun sepertimana dalam urusan lain, wujud juga cabaran serta kegagalan namun ia bukanlah alasan untuk mengaku kalah. Inovasi dalam dunia perkebunan memberi contoh yang baik untuk menjadikan halangan dan cabaran kepada sesuatu yang positif serta memanfaatkan.

Ulasan

Panduan Popular

5 Cara Mengatasi Masalah Ulat Bulu pada Tanaman

Ulat bulu merupakan salah satu fasa pertumbuhan dalam kitaran hidup kupu-kupu dan rama-rama dimana kedua-dua kupu-kupu dan rama-rama merupakan agen pendebungaan yang penting untuk tanam-tanaman seperti tomato dan  peria katak . Namun begitu, kadangkala, kewujudan ulat bulu menjadi suatu cabaran kepada para pekebun kerana mereka merosakkan tanaman 😠.