Langkau ke kandungan utama

6 Manfaat Perlite untuk Tanaman Anda

Apa itu Perlite?

Perlite merupakan gelas gunung berapi (volcanic glass) yang dipanaskan pada suhu 871 degrees Celcius menyebabkannya mengembang 13 kali daripada saiz asalnya. Perlite mengandungi liang-liang udara yang membolehkan air menyerap pada permukaannya.

Gambar atas, kiri: Gambaran bungkusan perlite yang terdapat dipasaran.
Gambar atas, kanan: rupa bentuk perlite.
Gambar bawah: maklumat tentang perlite.

Bagaimana cara menggunakan perlite dalam perkebunan?

Perlite boleh digunakan melalui 2 cara;
  1. Dicampurkan dengan tanah (soil mixes). Campuran optimum untuk tanaman dalam pasu terdiri daripada satu bahagian tanah gembur, satu bahagian peat moss (Sphagnum moss yang telah dipotong halus) serta satu bahagian perlite: campuran ini berpotensi untuk membekalkan sumber air dan oksigen yang seimbang kepada tumbuhan.
  2. Digunakan sepenuhnya tanpa tanah (soil-less mixers). Perlite tidak mempunyai nutrien seperti tanah maka memerlukan nutrien ditambah dari masa ke semasa.

Penggunaan perlite membantu tumbuhan dari segi;
  1. Percambahan biji benih. Penulis telah mencubanya untuk benih bunga matahari dan jagung. Memang best, senang sahaja nak ambil anak cambah untuk memindahkannya tanpa merosakkan akar. Namun untuk benih yang halus, penulis menggunakan Smart Water.
  2. Menggalakkan pertumbuhan akar. Penggunaan perlite memperbaiki sistem pengudaraan dan pengairan dalam tanah dengan memperbaiki struktur tanah supaya lebih gembur dan tidak menjadi mampat sekaligus memudahkan pertumbuhan akar.
  3. Bagus untuk keratan tanaman. Struktur perlite yang poros menyokong pembentukan akar yang kuat maka bermanfaat untuk tanaman yang membiak melalui keratan seperti daun kesum, daun selasih.
  4. Neutral. Penggunaan perlite tidak mempengaruhi pH tanah sekaligus boleh digunakan tanpa risau samada tanah akan menjadi terlalu berasid atau berakali.
  5. Ringan. Perlite sangat ringan dan ini bagus terutamanya untuk penanaman dalam pasu kerana meringankan beban semasa memindahkan pasu.
  6. Mampan. Perlite dihasilkan melalui proses semulajadi dan ia tidak bertukar menjadi toksik kepada.

AWAS: Perlite dari bungkusan adakalanya wujud dalam bentuk habuk/serbuk yang berterbangan bila ditiup angin. Elakkan dari menghidunya kerana boleh memudharatkan kesihatan. 

Ulasan

Panduan Popular

Ketumbar Jawa (Eryngium foetidum)

Sudah lama penulis membaca perkongsian rakan-rakan lelaman Facebok tentang tanaman ketumbar jawa. Awal januari lalu, semasa membeli-belah di pasar tani 😉, penulis ternampak pokok ketumbar jawa yang dijual, tanpa berfikir panjang 😝, penulis pun membelilah (jangan tanya harga, dah lupa 😁). Pokok ketumbar jawa penulis sudah berbunga. Ketumbar Jawa, atau nama saintifiknya Eryngium foetidum  merupakan tanaman herba tropikal yang bersifat perennial i.e. mempunyai jangka hayat yang lama. Namun begitu, ia boleh menjadi tanaman  annual  i.e. mempunyai jangka hayat kurang atau besamaan dengan 1 tahun sekiranya ia menerima pancaran cahaya matahari yang menyebabkan proses bolting  (penjelasan lanjut dibawah). Tanaman ini berasal dari Mexico dan Amerika Selatan namun pada hari ini, ia telah ditanam secara meluas, termasuk Malaysia. Nama ketumbar jawa ( culantro ) adakalanya dikelirukan dengan daun ketumbar ( cilantro , juga dikenali dengan nama coriander . Dari ist...