Langkau ke kandungan utama

10 Manfaat Vermiculite untuk Tanaman Anda

Vermiculite terbentuk daripada proses luluhawa (weathering) atau perubahan hidroterma (hydrothermal alteration) batuan Mica. Rupanya agak menarik kerana warnanya yang coklat-keperangan berkilau.

Gambar atas: maklumat am tentang vermiculite.
Gambar bawah, kiri: Bungkusan vermiculite yang terdapat di pasaran.
Gambar bawah, kanan: rupa bentuk vermiculite.

Vermiculite membantu tanaman anda dengan;
  1. Menyerap air seperti span (sponge). 
  2. Membebaskan air apabila tanah mula kekeringan.
  3. Meningkatkan kadar simpanam air dalam tanah.
  4. Memperbaiki sistem pengudaraan dalam tanah dengan menggemburkan struktur tanah.
  5. Membantu pertumbuhan akar.
  6. Mengelakkan akar anak benih daripada rosak apabila vermiculite digunakan sebagai medium percambahan.
  7. Memperbaiki kandungan nutrien dalam tanah.
  8. Membantu tumbuhan memperoleh nutrien-nutrien tertentu seperti ammonium (N), potassium (K), kalsium (Ca) serta magnesium (Mg). 
  9. Tidak mereput maka mampu membantu tumbuhan pada jangka masa yang panjang.
  10. Mampu menaikkan pH tanah pada kadar yang sedikit. Bermanfaat sekiranya ingin meneutralkan tanah berasid akibat penggunaan baja kimia atau Sphagnum moss.

Cara penggunaan vermiculite;
  1. Medium percambahan biji benih. Samada dengan menggunakan vermiculite sahaja atau bersama dengan peat (Sphagnum moss yang telah dipotong halus). Sekiranya vermiculite sahaja yang digunakan sebagai medium, digalakkan untuk menambah sedikit sahaja baja (1 sudu besar baja + 1 gallon air) pada anak benih apabila daun mula kelihatan.
  2. Medium tanaman dalam pasu. Campur 50% vermiculite bersama 50% tanah, peat atau kompos untuk mendapat medium yang mempunyai sistem pengudaraan yang baik lalu menggalakkan pertumbuhan akar, serta mengurangkan kadar siraman air.
  3. Menstabilkan anak pokok. Gali lubang kira-kira 6 inci lebih besar daripada akar anak pokok, letak anak pokok di tengah kemudian tanam campuran tanah + vermiculite. Ini membolehkan akar tersebar, membekalkan air yang cukup pada tanaman serta mengelakkan akar dari kekeringan.
  4. Sungkupan. Bagus untuk tumbuhan renek (shrubs) atau tanaman seperti bunga ros, dahlia serta tomato; dengan meletakkan kira-kira 3 inci vermiculite sebagai sungkup, ia mampu menyerap air yang berlebihan lalu mengelakkan akar dari mereput atau berkulat.
  5. Untuk bunga hiasan. Isikan bekas dengan vermiculite lalu penuhkan bekas tersebut dengan air sehingga vermiculite tidak mampu lagi menyerap air. Buang air yang berlebihan sebelum meletakkan bunga kedalam pasu. Ini mengelakkan bunga dari kekeringan sekiranya terlupa untuk menyiram. 

Ulasan

Panduan Popular

Lada Benggala (Capsicum annuum L.)

Lada benggala merupakan suatu tanaman yang unik, ia wujud dalam tiga warna yang berbeza: hijau, kuning dan merah. Kepelbagaian warna bukanlah menunjukkan varieti yang berbeza, sebaliknya menandakan berapa lama buah lada benggala berada pada tanaman induk. Buah lada benggala bermula dari warna hijau , kemudian berubah kepada warna kuning sebelum menjadi warna merah . Kandungan vitamin C didalam lada benggala juga berubah dengan perubahan warna;  kandungan vitamin C didalam lada benggala merah adalah 3 kali ganda daripada vitamin C yang terdapat didalam buah orange manakala  kandungan vitamin C didalam lada benggala hijau adalah  2 kali ganda  daripada vitamin C yang terdapat didalam buah  orange .   Selain daripada itu, lada benggala juga mengandungi vitamin A, zat besi dan kalsium. Vitamin C merupakan antioksidan yang membantu melawan radikal bebas dalam badan selain daripada menguatkan sistem imunisasi dalam badan. Memandangkan lada benggala kaya d...