Langkau ke kandungan utama

Kucing Kencing pada Tanah?

Tanggal 8 Januari 2018, saya dengan gembiranya memindahkan anak cambah peria katak kedalam pasu yang lebih besar. 3 hari kemudiannya, saya perhatikan anak pokok saya rebah...

Artikel berkaitan:

Sangkaan pertama, ketidakcukupan air. Bila periksa tanah...tanah lembap, maka air bukanlah puncanya.

Sangkaan kedua, kulat dalam tanah seperti pengalaman lepas. Maka saya korek (dengan tangan, malangnya) dan saya perhatikan, tiada warna hitam pada pangkal pokok yang lazimnya menandakan kesan serangan kulat, maka anak pokok saya tidak mati akibat serangan kulat.
Gambar atas: Peria katak yang baru dipindahkan
Gambar bawah: Peria katak rebah



Kemudian saya terbau sesuatu yang tidak diingini...kencing kucing. Saya menghidu tangan saya...alamak! 🙀 Sah! Memang tanah dalam pasu tersebut telah dicemari dengan sisa buangan kucing!

Sebaik sahaja mencuci tangan, saya bergegas menyiram air dengan banyaknya kedalam pasu tersebut untuk meneutralkan tanah tersebut.

Kesan Kencing Kucing Terhadap Tanah

Air kencing kucing kaya dengan nitrogen, menyebabkan tanah menjadi sangat berasid. Pada keadaan ini, nutrien seperti manganese and aluminium menjadi toksik kepada tumbuhan i.e. terlampau banyak sangat sehingga menyebabkan kematian tanaman. Kandungan manganese yang tinggi juga merencat pengambilan zat besi oleh tumbuhan.

Di antara tanda-tanda pH Tanah yang sangat berasid kepada tanaman;
  • Pertumbuhan terbantut
  • Daun: bintik kuning → daun berwarna coklat → daun mati.
  • Daun: layu.
  • Batang: pertumbuhan terencat.

Artikel berkaitan:

Merawat Kencing Kucing pada Tanah

  1. Basuh dengan air dengan banyaknya. Ini bertujuan untuk membersihkan tanah dari kesan/bau kencing kucing.
  2. Hilangkan bau. Larutkan 1 cawan soda penaik (baking soda) ke dalam 2 cawan air. Tuang ke dalam bekas penyembur dan sembur pada permukaan tanah. Soda penaik akan menyerap bau kencing kucing yang berlebihan. Bau yang tertinggal didalam tanah akan menarik perhatian kucing untuk membuang sisa buangannya di tempat yang sama. Awas. Soda penaik boleh menyebabkan daun menjadi lecur.

Mengelakkan Kucing Kencing pada Tanah

  1. Letakkan sungkupan/batuan.
  2. Sembur dengan larutan citrus seperti limau atau lemon. Awas. Siput dan ulat gemarkan sisa citrus.
  3. Cucuk garpu plastic/lidi sate pada permukaan tanah.

Artikel berkaitan:

Rujukan


Ulasan

Panduan Popular

Pokok Mulberry (Morus spp.)

Melayu/ English " ...pokok mulberry tidak cerewet " Pokok mulberry agak popular di Malaysia. Penulis mula berkenalan dengan pokok mulberry melalui sebuah kumpulan kebun yang terdapat di Muka Buku di mana, penulis membeli beberapa keratan mulberry untuk berkenalan dengan tanaman ini dengan lebih mendalam. Bagaimana Cara Menumbuhkan Keratan Mulberry? Keratan mulberry boleh ditumbuhkan menjadi pokok mulberry  dengan; Menanam keratan tersebut di dalam tanah, atau Meletakkannya ke dalam segelas air. Tukar air setiap hari sehingga daun baru terbentuk. Kemudian, tanam keratan tersebut ke dalam tanah.