Langkau ke kandungan utama

Kenapa Biji Benih Tidak Bercambah?

    Melayu/English

    Anda mempunyai tumbuhan yang ingin sangat ditanam. Biji benihnya di tangan anda. Anda rendam, semai, dan siram biji benih setiap hari. Namun anda tidak nampak sebarang perubahan pada biji benih anda.

    Pernahkah para pengunjung mengalami keadaan seperti ini? Sekiranya ya, jangan risau, anda bukan keseorangan. Malahan penulis sendiri pun pernah mengalaminya beberapa banyak kali.

    Memang tidak dinafikan, ada individu yang cukup bertuah, campak apa sahaja, jadi. Manakala untuk penulis, ada benih yang mudah, ada yang sukar, dan ada yang masih gagal hingga ke hari ini. Namun, bak kata-kata yang masyhur;


    Disini, penulis ingin kongsikan sedikit sebanyak apa yang telah penulis pelajari tentang percambahan biji benih. Semoga catatan penulis memanfaatkan para pengunjung semua.

    Apa itu Biji Benih?

    Biji benih merupakan unit pembiakan tumbuhan berbunga yang mampu tumbuh dan berkembang menjadi tanaman yang baru.

    Benih labu, tembikai, lobak merah dan satu lagi saya lupa...😄

    Biji benih terbentuk sesudah debunga disenyawakan dan matang dalam tumbuhan induk.

    Artikel berkaitan:

    Apa Peranan Biji Benih?

    Tujuan utama pembentukan biji benih adalah untuk meneruskan kehidupan sesuatu spesies pokok.

    Bagaimana Biji Benih Bercambah?

    Ini bergantung kepada jenis biji benih;
    1. Jenis tidak dorman. Biji benih bercambah apabila terdapat air dan suhu yang sesuai. Kehadiran air melembutkan lapisan luar biji benih, mengembangkan biji benih serta menghidrat enzim dan sumber makanan yang terkandung didalam biji benih. Enzim yang terhidrat menjadi aktif lalu aktiviti metabolik biji benih meningkat untuk menghasilkan tenaga untuk pertumbuhan biji benih. Ini menyebabkan akar biji benih (radicle) menjadi anggota pertama yang dapat diperhatikan tumbuh daripada biji benih, menandakan benih anda berdaya maju (viability).
    2. Akar lazimnya keluar dahulu dari biji benih.

      Pucuk daun mula menumbuh sekiranya terdedah kepada sumber cahaya.

      Biji benih yang telah tumbuh menjadi anak pokok.

    3. Jenis dorman. Dorman merujuk kepada keadaan dimana biji benih mengalami kegagalan untuk bercambah untuk suatu tempoh sehingga syarat-syarat percambahannya dipenuhi, samada secara semulajadi atau tiruan (artificial). Sebagai contoh, biji buah epal perlu desejukkan selama 30-45 hari untuk memecahkan sifat dorman biji buah epal. Benih yang tidak lagi bersifat dorman akan bercambah seperti maklumat diatas.

    Kenapa Biji Benih Saya Tidak Bercambah?

    Pertama, adakah benih itu benih baru. Mungkin baru beli, tetapi bolehjadi pengeluarannya sudah lama i.e. periksa tarikh luput. Sekiranya benih tersebut adalah benih baru, mungkin 5 faktor ini boleh membantu memahami masalah kenapa benih anda tidak bercambah;
    1. Air. Kehadiran air penting untuk percambahan biji benih, namun adalah penting untuk memastikan sumber air yang berterusan; kekurangan air boleh mematikan biji benih kerana biji benih belum berkemampuan untuk menyimpan air sepertimana pokok dewasa.
    2. Suhu. Suhu disini merujuk kepada suhu dalam tanah/media percambahan biji benih. Suhu yang rendah melambatkan aktiviti enzim lalu melambatkan percambahan biji benih manakala suhu yang telalu tinggi boleh menyah-asli enzim lalu merencat percambahan biji benih.
    3. Udara. Selain air, oksigen diperlukan untuk mengaktifkan proses metabolik yang menukan sumber makanan didalam biji benih kepada tenaga. Oksigen boleh larut didalam air namun tidak banyak; sekiranya tanah terlalu lembap, ini akan mengurangkan keberadaan oksigen untuk biji benih lalu merencat percambahan disamping menggalakkan pertumbuhan kulat yang kadang-kala boleh mematikan anak pokok seperti Fusarium.
    4. Cahaya. Sesetengah biji benih boleh bercambah terus dibawah cahaya matahari, sesetengah biji benih memerlukan keadaan gelap baru boleh bercambah (perlu ditanam didalam medium percambahan) manakala ada sesetengah biji benih yang tidak cerewet.
    5. Tanah/Medium Percambahan. Medium yang ideal mampu menyimpan air dan mudah untuk biji benih mendapatkan sumber air, bebas dari sisa-sisa toksik, tidak menggalakkan pertumbuhan mikro-organisma lain serta membenarkan udara mengalir dipersekitaran biji benih.

    Catatan Penulis

    Nampaknya selepas ini kena patuhi arahan yang tertera pada bungkusan biji benih. Tu la, selama ni memandai sendiri, kan dah kena benih tak tumbuh 😂.

    Rujukan

    Ulasan

    Panduan Popular

    Ketumbar Jawa (Eryngium foetidum)

    Sudah lama penulis membaca perkongsian rakan-rakan lelaman Facebok tentang tanaman ketumbar jawa. Awal januari lalu, semasa membeli-belah di pasar tani 😉, penulis ternampak pokok ketumbar jawa yang dijual, tanpa berfikir panjang 😝, penulis pun membelilah (jangan tanya harga, dah lupa 😁). Pokok ketumbar jawa penulis sudah berbunga. Ketumbar Jawa, atau nama saintifiknya Eryngium foetidum  merupakan tanaman herba tropikal yang bersifat perennial i.e. mempunyai jangka hayat yang lama. Namun begitu, ia boleh menjadi tanaman  annual  i.e. mempunyai jangka hayat kurang atau besamaan dengan 1 tahun sekiranya ia menerima pancaran cahaya matahari yang menyebabkan proses bolting  (penjelasan lanjut dibawah). Tanaman ini berasal dari Mexico dan Amerika Selatan namun pada hari ini, ia telah ditanam secara meluas, termasuk Malaysia. Nama ketumbar jawa ( culantro ) adakalanya dikelirukan dengan daun ketumbar ( cilantro , juga dikenali dengan nama coriander . Dari istilah culinary  i.e.