Langkau ke kandungan utama

Sphagnum Moss dalam Perkebunan

"Manfaat utama penggunaan Sphagnum moss ialah kebolehannya menyimpan air"
Hehehehe...jalan-jalan (cuci mata) di Ace Hardware ternampak beberapa jenis produk menjual Sphagnum moss ini. Memandangkan kajian saya berkait rapat dengan jerami padi, saya agak berminat dengan mana-mana produk yang berasaskan tumbuhan.

Kiri: gambaran bungkusan Sphagnum moss
Kanan: gambaran Sphagnum moss yang kering

Apa itu Sphagnum moss?

Sphagnum moss merujuk kepada sejenis tumbuhan yang tumbuh di kawasan berpaya (bog) di Canada, Peru, New Zealand, Ireland dan Scotland. Sphagnum moss dikutip, dikeringkan dan dijual dalam dua bentuk;

  1. Tumbuhan kering (seperti gambar di atas).
  2. Dipotong halus. Ia juga dikenali sebagai peat moss.

Artikel berkaitan:

Apakah Kegunaan Sphagnum moss?

Sphagnum moss lazimnya digunakan untuk;
  1. Mengalas bakul untuk tanaman (line basket).
  2. Medium untuk pohon Orkid
  3. Medium untuk pokok bersifat karnivor (carnivorous plants) seperti Venus fly trap.

Bagus ke Menggunakan Sphagnum moss?

Sphagnum moss menawarkan manfaat dari sudut;
  • Menyimpan air.
  • Bersifat neutral. 

Proses mengutip Sphagnum moss dilaporkan mengganggu ekosistem paya, walaupun wujud usaha untuk mengutip Sphagnum moss secara mampan.

Catatan Penulis

Sphagnum moss yang telah dibeli digunakan untuk mengalas bahagian bawah pasu atau bekas menyemai biji benih.

Artikel berkaitan;

Namun begitu, atas faktor kemampanan, sekiranya tiada keperluan penting, penulis lebih gemar untuk menggunakan coco peat.

Artikel berkaitan;

Rujukan

1. Sphagnum Moss Vs. Sphagnum Peat Moss.
2. What’s the Difference Between Spagmoss and Peat Moss? The Environment
3. Sphagnum moss vs. Peat Moss.
4. Peat moss vs. Sphagnum moss.

Ulasan

Panduan Popular

6 Manfaat Perlite untuk Tanaman Anda

Apa itu Perlite? Perlite  merupakan gelas gunung berapi ( volcanic glass ) yang dipanaskan pada suhu 871  degrees Celcius  menyebabkannya mengembang 13 kali daripada saiz asalnya.  Perlite  mengandungi liang-liang udara yang membolehkan air menyerap pada permukaannya. Gambar atas, kiri: Gambaran bungkusan  perlite  yang terdapat dipasaran. Gambar atas, kanan: rupa bentuk  perlite . Gambar bawah: maklumat tentang  perlite .