"Apa yang menarik tentangnya ialah, kebolehannya menyerap air"
Dalam menulis beberapa produk yang terdapat di dalam pasaran, produk "Smart Water" merupakan produk yang agak sukar untuk mendapatkan maklumat tentangnya di dalam talian. Setakat pencarian saya, ada dua blog sahaja (Karyaku Paridah Ishak dan Tanam Sendiri) yang menulis berkenaan produk ini. Cabaran dalam mencari maklumat tentang produk ini bertambah dengan kewujudan produk minuman Syarikat Coca-Cola yang juga dinamakan "Smartwater"
Produk Smart Water
Produk smart water diperbuat daripada petroleum yang diproses menjadi bentuk kristal. Ia mampu menyerap air 20 kali ganda daripada berat asalnya maka sesuai untuk tumbuhan yang memerlukan siraman yang kerap atau pada musim panas.
Gambar atas: maklumat produk. Gambar bawah, kiri: bungkusan produk yang terdapat di pasaran. Gambar bawah, kanan: rupa bentuk produk. |
Tidak seperti zeolite, pumice dan vermiculite yang terbentuk dari proses alam sekitar, ataupun perlite dan leca ball yang terhasil dari bahan semula jadi yang dikembangkan, produk ini diperbuat dari petroleum dan ini menimbulkan sedikit persoalan;
- Apakah kesannya terhadap alam sekitar?
- Adakah ia bersifat biodegradasi?
- Adakah ianya mempunyai kesan sampingan terhadap tanah dan sumber air bawah tanah sekiranya digunakan bersama tanah?
Soalan no. 3 adalah penting kerana diantara cara penggunaan smart water adalah dengan mencampurkannya kedalam tanah/medium penanaman.
Gambar: Cadangan penggunaan smart water yang tertera pada bungkusan. |
Sekiranya para pembaca mengetahui jawapannya, mungkin boleh berkongsi dengan saya? Sementara itu, mari kita tengok produk smart water ini bagaimana rupanya.
Gambar ini memberikan pandangan sisi perkembangan produk smart water. Pada asalnya, hanya selapis sahaja produk smart water yang ditaburkan. Namun ianya mengembang berkali ganda saiz asalnya. |
Produk ini berwarna putih.
Apa yang menarik tentangnya ialah kebolehannya menyerap air. Pada asalnya, saya hanya menabur kira-kira satu lapisan smart water (itu pun tidak melitupi keseluruhan permukaan) ke bahagian dalam penutup makanan diikuti dengan menyiram air ke atas smart water. Produk ini berterusan menyerap air sehingga memenuhi penutup makanan dimana saya berhenti dari menyiram air kerana dikhuatiri ianya melimpah.
Apa yang menarik tentangnya ialah kebolehannya menyerap air. Pada asalnya, saya hanya menabur kira-kira satu lapisan smart water (itu pun tidak melitupi keseluruhan permukaan) ke bahagian dalam penutup makanan diikuti dengan menyiram air ke atas smart water. Produk ini berterusan menyerap air sehingga memenuhi penutup makanan dimana saya berhenti dari menyiram air kerana dikhuatiri ianya melimpah.
Kebolehannya menyimpan air menjadikan produk smart water sesuai dijadikan medium percambahan biji benih;
Smart Water sebagai Medium Percambahan Biji Benih
20/9/2016
Kiri atas: Carnation. Kiri bawah: Everlasting Daisy. Tengah: Zinnia. Kanan: Jagung. Paling kanan: Bunga Matahari. |
Bungkusan biji benih yang digunakan, kecuali jagung. |
21/9/2016
Biji rock melon diselitkan antara Carnation dan Zinnia. |
Kedua-dua biji tomato ceri dan rock melon diambil terus daripada buahnya, dibasuh dahulu sebelum diletakkan kedalam smart water.
22/9/2016
Pemerhatian waktu petang: biji benih Zinnia dan Everlasting Daisy semakin banyak bercambah, manakala biji benih tomato ceri baru mula bercambah. |
23/9/2016
24/9/2016
Pucuk daun Zinnia dan Everlasting Daisy mula bercambah. |
Ini merupakan catatan terakhir kerana pada 26/9/2016, saya memindahkan kesemua biji yang telah bercambah kedalam pasu manakala biji benih yang tidak/masih belum bercambah saya biarkan. Kegagalan jagung untuk bercambah boleh jadi disebabkan menggunakan benih lama.
Kesimpulan Penulis
- Kelebihan. Penggunaan smart water sebagai medium percambahan sememangnya bagus untuk percambahan biji benih kerana kita tidak perlu risau sama ada anak benih cukup air atau tidak.
- Kekurangan. Ini mungkin lebih pada kesilapan saya. Seeloknya benih ditabur di atas jeli smart water, jangan "tenggelamkan" biji benih dalam smart water kerana kesemua benih yang saya tenggelamkan tidak tumbuh . Tambahan pula, pucuk daun Zinnia yang ter-tenggelam menunjukkan warna hijau pucat - lazimnya kelihatan pada daun yang tertutup daripada cahaya matahari.
- Persoalan. Smart water dicadangkan untuk digaulkan kedalam tanah untuk membantu menyimpan air. Namun, apakah kesannya terhadap tanah?
Penafian
Penulisan dalam blog ini adalah berdasarkan pemerhatian saya menggunakan smart water untuk mencambah benih Carnation, Everlasting Daisy, Zinnia, tomato ceri (4 jenis biji benih yang tumbuh), jagung, rock melon dan bunga matahari (3 jenis biji benih yang tidak tumbuh dimana semuanya saya tenggelamkan).
Ulasan
Catat Ulasan