Penggunaan baja memudahkan para pekebun memenuhi keperluan nutrien tanaman mereka. Sekiranyan anda menggunakan leca ball, perlite, pumice, vermiculite dan zeolite, penggunaan baja cecair amatlah disyorkan kerana nutrien ini boleh diserap kedalam medium ini bersama-sama dengan air.
Selain daripada itu, pengunaan baja cecair juga memudahkan tumbuhan untuk menyerap nutrien; ini sangatlah bermanfaat terutama apabila tanaman anda menunjukkan tanda-tanda kekurangan nutrien.
Secara umum, saya lebih menyukai menggunakan tanah kompos kerana ia lebih organik dan bersifat mampan disamping membantu menangani masalah pemanasan dunia. Namun, diantara kelemahan kompos adalah ianya mengambil sedikit masa untuk menampakkan kesannya. Disebabkan itu, saya sentiasa memastikan saya mempunyai sebungkus baja (sebungkus sahaja ye) untuk keperluan kecemasan, contohnya, tumbuhan saya menunjukkan daun berwarna kekuningan yang menandakan kekurangan nitrogen.
Artikel berkaitan;
Baja Miracle Gro
Gambaran bungkusan baja Miracle Gro. |
Baja ini saya menjumpainya di Ace Hardware. Apa yang menarik perhatian saya tentang produk ini adalah ianya dilengkapi dengan sudu yang mempunyai 2 jenis sukatan yang berlainan (rujuk gambar dibawah).
Sukatan yang berbeza untuk keperluan tanaman yang berlainan; ini amatlah menyenangkan bagi saya sebagai pengguna. Saya belum pernah terjumpa baja seperti ini dimana cara pembungkusannya mesra pengguna.
Setakat hari ini (20/12/17), saya hanya ternampak satu baja keluaran tempatan yang membekalkan sudu plastik untuk kegunaan para pekebun. Namun maaf, saya terlupa untuk mengambil gambar baja tersebut. Sekiranya terjumpa, saya akan mengemaskini artikel ini.
Gambar atas: sudu yang mempunyai 2 jenis sukatan yang berbeza beserta arahan penggunaan sudu. Gambar bawah: Gambaran dalaman bungkusan baja Miracle Gro. |
Sukatan yang berbeza untuk keperluan tanaman yang berlainan; ini amatlah menyenangkan bagi saya sebagai pengguna. Saya belum pernah terjumpa baja seperti ini dimana cara pembungkusannya mesra pengguna.
Setakat hari ini (20/12/17), saya hanya ternampak satu baja keluaran tempatan yang membekalkan sudu plastik untuk kegunaan para pekebun. Namun maaf, saya terlupa untuk mengambil gambar baja tersebut. Sekiranya terjumpa, saya akan mengemaskini artikel ini.
Kesimpulan Penulis
Penulisan ini bukanlah ingin menganalisa baja cecair miracle grow, sebaliknya ingin mengetengahkan cara pembungkusannya yang mesra pengguna. Ini adalah produk kedua (produk pertama adalah tanaman dalam tin) yang saya jumpa yang menarik perhatian saya kerana produk-produk ini unik namun berkualiti, disamping memudahkan aktiviti-aktiviti perkebunan.
Ulasan
Catat Ulasan