Langkau ke kandungan utama

Kepelbagaian Tapak Semaian dalam Perkebunan

Tapak semaian merujuk kepada peralatan yang digunakan untuk mencambah biji benih. Pada masa kini, tapak semaian wujud dalam pelbagai bentuk dan sebahagian daripada mereka bersifat bio-degradasi serta mampan.

Kelebihan penggunaan tapak semaian adalah;

  1. Jimat. Proses percambahan biji benih tidak memerlukan medium yang banyak.
  2. Kualiti anak cambah. Penggunaan tapak semaian membolehkan biji benih bercambah secara individu, tanpa persaingan dari anak cambah lain.
  3. Akar anak cambah. Pemindahan anak cambah dari tapak semaian ke dalam pasu/tanah lazimnya berlaku tanpa kerosakan terhadap akar anak cambah. 

Kepelbagaian Jenis Tapak Semaian

1. Seedling Tray

Gambar: Seedling tray.

Tapak semaian jenis ini paling banyak dijual di kedai-kedai menjual tumbuhan (nursery) dan alat perkakas (hardware). Kelebihan seedling tray adalah;
  • Membolehkan banyak biji benih dicambahkan pada satu masa yang sama.
  • Anak cambah agak mudah dikeluarkan.
  • Ekonomi kerana ia boleh digunakan banyak kali.
Penggunaan seedling tray boleh digantikan dengan bekas telur ayam terutamanya bekas yang diperbuat dari bahan kitar semula. Bekas telur ini boleh dipotong dan ditanam terus kedalam pasu/tanah apabila anak cambah telah membesar.

Gambar: Bekas semaian dari bekas membawa air.

2. Tapak Semaian Individu

Gambar atas: Seed starter pot.
Gambar bawah: Peat cup.

Berlainan dengan seedling tray, tapak semaian jenis ini hanya mencambah 1 biji benih untuk 1 bekas. Namun begitu, kelebihannya adalah; 
  • Diperbuat daripada bahan kitar semula bagi seed starter pot.
  • Terbiodegradasi (biodegradable).
  • Memainkan dua peranan; i) bekas mencambah, dan ii) bekas menumbuh anak pokok.
  • Boleh ditanam terus kedalam pasu/tanah tanpa mengusik anak cambah.
  • Penting untuk pokok yang mempunyai akar yang sensitif seperti bunga matahari.
Anda juga boleh menggunakan kulit telur sebagai tapak semaian individu. Kulit telur ini boleh ditanam terus didalam tanah, lalu menjadi sumber kalsium kepada tumbuhan.

Artikel berkaitan;

3. Peat Pots/Jiffy Peat Pellets

Gambar kiri: Bungkusan dan isi peat pot, turut dibekalkan, bekas untuk mengisi air.
Gambar kanan: peat pot yang telah menyerap air.

Gambar kiri: Panduan bergambar untuk menggunakan peat pot.
Gambar kanan, atas: Peat pot sebelum dan selepas diisi air.
Gambar kanan, bawah: biji benih Bunga Matahari siap sedia untuk dicambah.

Bekas semaian ini diperbuat daripada Sphagnum Moss yang telah dikeringkan dan dipotong halus. Diantara kelebihannya adalah;
  • Terbiodegradasi (biodegradable). 
  • Mudah menyerap air.
  • Memastikan biji benih tidak kering.
  • Menggalakkan pembentukan akar.

Kesimpulan Penulis

Kepelbagaian jenis tapak semaian merupakan suatu perkembangan yang positif terutamanya apabila terdapat tapak semaian dari bahan terbiodegradasi. Ini menunjukkan industri pertanian semakin peka terhadap isu-isu semasa serta berusaha untuk menghasilkan produk-produk yang bersifat mampan. Syabas kepada pengeluar-pengeluar yang menghasilkan produk-produk hijau ini.

Ulasan

Panduan Popular

Ketumbar Jawa (Eryngium foetidum)

Sudah lama penulis membaca perkongsian rakan-rakan lelaman Facebok tentang tanaman ketumbar jawa. Awal januari lalu, semasa membeli-belah di pasar tani 😉, penulis ternampak pokok ketumbar jawa yang dijual, tanpa berfikir panjang 😝, penulis pun membelilah (jangan tanya harga, dah lupa 😁). Pokok ketumbar jawa penulis sudah berbunga. Ketumbar Jawa, atau nama saintifiknya Eryngium foetidum  merupakan tanaman herba tropikal yang bersifat perennial i.e. mempunyai jangka hayat yang lama. Namun begitu, ia boleh menjadi tanaman  annual  i.e. mempunyai jangka hayat kurang atau besamaan dengan 1 tahun sekiranya ia menerima pancaran cahaya matahari yang menyebabkan proses bolting  (penjelasan lanjut dibawah). Tanaman ini berasal dari Mexico dan Amerika Selatan namun pada hari ini, ia telah ditanam secara meluas, termasuk Malaysia. Nama ketumbar jawa ( culantro ) adakalanya dikelirukan dengan daun ketumbar ( cilantro , juga dikenali dengan nama coriander . Dari istilah culinary  i.e.