Langkau ke kandungan utama

Pakej Mencambah (Seedling Package)

Berikutan peristiwa damping off, terfikir bagaimana hendak menumbuhkan anak cambah yang kuat. Seeloknya, akar pokok tidak terganggu kerana ada sesetengah pokok terlebih sensitif sekiranya akar mereka terganggu.

Artikel berkaitan:

Pilihan pertama adalah menggunakan seed starter pot kerana ianya boleh ditanam terus kedalam tanah, maka tidak mengusik akar langsung.

Namun semasa berjalan-jalan di Ace Hardware, ternampak produk untuk mencambah biji benih (seedling package). Harga dalam RM 10 untuk 10 pasu mencambah + peat moss sebagai medium percambahan.

Pakej untuk mencambah biji benih.


Penggunaan peat moss sebagai medium percambahan agak menarik kerana mikro-organisma penyebab damping off sememangnya wujud dalam tanah. Maka dengan menggunakan medium selain daripada tanah, kebarangkalian ia membolehkan anak cambah tumbuh dalam keadaan yang jauh lebih baik.

Biji benih yang telah bercambah diletakkan kedalam pasu mencambah dan seed starter pots.

Walaupun disyorkan untuk mencambah biji benih terus kedalam pasu percambahan, saya lebih suka mencambah didalam bekas lain dan hanya menanam biji benih yang benar-benar tumbuh sahaja.

Peat moss hanya diisi separuh sahaja dalam bekas dan akan ditambah dari masa ke masa
bergantung pada pertumbuhan pokok.

Selain daripada itu, saya juga hanya mengisi peat moss separuh sahaja; daripada pemerhatian saya, hampir kesemua anak pokok saya memanjang sehingga ada yang rebah, ia boleh disebabkan  pancaran matahari yang diterima tidak mencukupi kerana memang kesemua benih saya cambahkan dikawasan berbumbung.

Maka, saya hanya mengisi separuh bekas mencambah dengan peat moss pada peringkat awal percambahan biji benih. Saya akan menambah kemudiannya bergantung pada keperluan dan kadar pertumbuhan anak cambah.

Pekembangan selepas 8 hari

Kandungan peat moss setelah digunakan untuk 28 pasu mencambah + seed starter pots.

Kesimpulan

Penggunaan pakej mencambah ini sangat memuaskan hati terutamanya apabila ia boleh digunakan untuk bekas mencambah yang banyak. Namun tujuan utama pembelian saya adalah untuk memastikan anak cambah tumbuh dengan sihat dan pada setakat ini, 4 anak pokok kekacang telah berjaya ditanam (2 pasu + 2 seed starter pots). Sekiranya ada anak pokok yang tidak memuaskan, saya akan mengemaskini artikel ini pada masa akan datang.

Ulasan

Panduan Popular

5 Cara Mengatasi Masalah Ulat Bulu pada Tanaman

Ulat bulu merupakan salah satu fasa pertumbuhan dalam kitaran hidup kupu-kupu dan rama-rama dimana kedua-dua kupu-kupu dan rama-rama merupakan agen pendebungaan yang penting untuk tanam-tanaman seperti tomato dan  peria katak . Namun begitu, kadangkala, kewujudan ulat bulu menjadi suatu cabaran kepada para pekebun kerana mereka merosakkan tanaman 😠.