Langkau ke kandungan utama

Tomato Ceri

Pohon tomato ceri merupakan diantara tanaman terawal yang ditanam oleh penulis; sekiranya para pengunjung baru berjinak-jinak dalam bidang perkebunan, tomato ceri adalah diantara tanaman yang dicadangkan untuk pekebun baru kerana ianya senang tumbuh berbanding tomato biasa dan cepat berbuah.

Pokok tomato ceri dikategorikan sebagai "indetermines": ini bermaksud, ianya akan berbunga dan berbuah berterusan. Sekiranya di negara bermusim, pokok tomato ceri akan terus berbuah dan berbunga sehingga musim sejuk, namun saya tidak pasti keadaanya di Malaysia.

Percambahan Tomato Ceri

Penulis pernah mencambahkan biji tomato ceri daripada buahnya yang dibeli dari pasar, dan juga daripada bungkusan benih tomato ceri yang benih yang terdapat didalam pasaran, seperti gambar dibawah;

Penulis mendapati yang benih yang dicambahkan dari buah tomato ceri tumbuh paling cepat dan hampir kesemuanya bercambah. Namun ini tidak menjanjikan pohon tomato ceri tersebut akan memberikan hasil yang baik kerana ianya bergantung pada cuaca serta penjagaan kita.

Sesetengah pohon tomato ceri pula sememangnya dibiakkan menjadi rintang melawan penyakit dan serangga, dan benih tomato ceri ini dijual didalam bungkusan benih. Ini merupakan satu kelebihan menumbuhkan tomato ceri melalui biji benih yang dibeli.

Benih tomato ceri boleh sangat mudah bercambah samada melalui;
  1. Campak atas tanah.
  2. Tisu basah
  3. Tanam dalam tanah
  4. Smart water.
  5. Peat pot.

Kesemua cara ini telahpun penulis cuba dan kesemuanya membuahkan hasil. Maka, para pengunjung bolehlah mencuba mana-mana cara mengikut kemudahan anda.

Penanaman Tomato Ceri 

Lokasi. Pohon tomato ceri memerlukan kawasan yang terlindung dari angina kuat dan menerima cahaya matahari selama 6-8 jam seharian. Perhatikan daun tomato untuk tanda-tanda i) warna kuning/coklat pada bahagian sisi daun atau ii) daun bergulung. Ini menunjukkan cahaya matahari terlalu terik untuk pohon tomato ceri anda. 

Tanah. Tanaman tomato ceri agak rentan (susceptible) kepada serangan penyakit dalam tanah, seperti kulat dan cacing nematod. Tanah yang sesuai untuk penanaman tomato ceri sebaiknya tanah baru (atau tanah lama yang telah dipulihkan) serta mempunyai sistem saliran dan pengudaraan yang baik.

Pasu. Tomato ceri boleh ditumbuhkan didalam pasu/bekas yang mempunyai lubang untuk sistem saliran air. Saiz yang dianjurkan untuk bekas ialah kira-kira 5 gallon/19 liter untuk memberi ruang secukupnya kepada akar untuk tumbuh dengan baik. 

Penanaman. Anak cambah tomato ceri dianjurkan untuk dipindahkan apabila telah mencapai ketinggian kira-kira 15-25 cm untuk memastikan anak cambah tidak mati. Tanam kira-kira 2/3 ketinggian anak cambah untuk menggalakkan pembentukan akar. Elakkan dari menanam terlalu rapat supaya pengaliran udara disekeliling pokok adalah berkesan. Petua penanaman. Taburkan sedikit kapur (limestone) ataupun menanam kulit telur (yang telah ditumbuk halus) pada dasar lubang sebelum meletakkan anak pokok tomato ceri; ia membekalkan sumber kalsium untuk mengelakkan masalah Blossom End Rot.

Penjagaan Tomato Ceri

Pengairan. Sumber air penting untuk penanaman tomato ceri; bekalan air yang tidak menentu boleh membawa kepada penyakit Blossom End Rot. Penggunaan sungkupan digalakkan untuk membanyakkan kandungan air dalam tanah. Siram terus kepada permukaan tanah dan elakkan dari menyiram batang/daun tomato ceri.

Pembajaan. Pokok tomato ceri memerlukan jumlah nutrien yang banyak namun bukan sekaligus. Seeloknya, tanah mempunyai sisa organic, rumpai laut atau menggunakan baja lambat lepas (slow release fertilizer). Pembajaan terlalu banyak boleh menyebabkan penyakit Blossom End Rot. Petua tanaman. Boleh menabur kulit telur yang telah dihancurkan disekeliling tanaman. Selain membekalkan kalsium, ia juga bertindak sebagai langkah pencegahan serangan siput babi keatas tanaman anda.

Pemangkasan. Dianjurkan untuk i) memicit "suckers" i.e. pertumbuhan baru pada cabang pokok kerana ianya "mencuri" nutrien daripada pokok; ii) memotong bahagian atas pokok apabila terdapat 6 set/kumpulan tomato ceri telah terbentuk. Ini untuk memastikan sumber nutrien yang sedia ada disalurkan kepada pembentukan buah, bukan pembentukan daun baru (lazimnya dibahagian atas tumbuhan), dan iii) memetik daun tua/matang (sekiranya terlalu rimbun) untuk membolehkan pengaliran udara disekeliling pokok. Daun tomato boleh digunakan untuk membuat Semburan Daun Tomato sebagai langkah pencegahan serangga.


Membuang bahagian suckers pokok tomato ceri.

Struktur sokongan. Pokok tomato ceri adalah salah satu tanaman yang memerlukan struktur sokongan kerana ianya menjalar (vine). Sekiranya tidak dikawal, sesetengah pohok tomato ceri dilaporkan akan terus membesar hinggakan setinggi 7 kaki! 😵. Struktur sokongan berfungsi untuk mengelakkan tumbuhan daripada rebah apabila pokok sudah mula berbuah. Dianjurkan meletakkan struktur sokongan setelah menanam anak cambah untuk mengelakkan dari merosakkan akar pokok sekiranya struktur sokongan diletakkan setelah tanaman membesar.

Penanaman regu. Tanam daun selasih untuk menarik perhatian white fly manakala bawang putih, french marigolds dan nasturtiums ditanam untuk mengelakkan aphids. Penanaman french marigolds juga dikatakan bagus untuk menghalau white fly dan root knot nematode. Pokok tomato ceri boleh ditanam bersama-sama anggur, asparagus, bawang besar, broccolicauliflowercelery, chives, daun selasih, dill, kobis, lobak merah, marjoram, mint, parsley. Elakkan dari menanam bersama dengan apricots, jagung, kentang dan rosemary kerana mereka merembeskan bahan yang boleh melambatkan pertumbuhan tomato ceri. Petua penanaman. Menanam tomato ceri bersama-sama dengan daun selasih dilaporkan menambah rasa pada tomato ceri. 


Penyakit. Penyakit utama yang menyerang tanaman tomato ceri adalah Blossom End Rot; ia berlaku apabila bahagian bawah tomato, cili (peppers), melons dan terung mereput/lembik. Punca utama ialah kekurangan kalsium yang menyebabkan tisu didalam buah pecah/rosak (break down). Kekurangan kalsium disebabkan oleh i) pH rendah sangat, ii) ketidakcukupan air yang mengurangkan kadar pengambilan nutrien. serta iii) baja terlalu banyak dimana ianya menggalakkan pertumbuhan namun melambatkan pengedaran kalsium dalam tumbuhan.

Hasil. Dalam keadaan yang optimal (cuaca elok, nutrien dan air mencukupi), pohon tomato ceri mampu berbuah kurang 60 hari daripada anak cambah mula ditanam Buah tomato ceri akan bertukar kepada warna hijau apabila telah masak. Rasa. Tomato ceri agak sensitif terhadap perubahan cuaca dan ini akan mempengaruhi pembentukan gula, asid dan komponen dalam buah yang boleh mempengaruhi rasa buah tomato ceri.

Rujukan

Ulasan

Panduan Popular

Ketumbar Jawa (Eryngium foetidum)

Sudah lama penulis membaca perkongsian rakan-rakan lelaman Facebok tentang tanaman ketumbar jawa. Awal januari lalu, semasa membeli-belah di pasar tani 😉, penulis ternampak pokok ketumbar jawa yang dijual, tanpa berfikir panjang 😝, penulis pun membelilah (jangan tanya harga, dah lupa 😁). Pokok ketumbar jawa penulis sudah berbunga. Ketumbar Jawa, atau nama saintifiknya Eryngium foetidum  merupakan tanaman herba tropikal yang bersifat perennial i.e. mempunyai jangka hayat yang lama. Namun begitu, ia boleh menjadi tanaman  annual  i.e. mempunyai jangka hayat kurang atau besamaan dengan 1 tahun sekiranya ia menerima pancaran cahaya matahari yang menyebabkan proses bolting  (penjelasan lanjut dibawah). Tanaman ini berasal dari Mexico dan Amerika Selatan namun pada hari ini, ia telah ditanam secara meluas, termasuk Malaysia. Nama ketumbar jawa ( culantro ) adakalanya dikelirukan dengan daun ketumbar ( cilantro , juga dikenali dengan nama coriander . Dari istilah culinary  i.e.