Langkau ke kandungan utama

Tapak Semaian dengan Penutup

Melayu/English

Penulis sebelum ini pernah menulis tentang variasi tapak semaian dimana anda boleh membacanya disini. Penulis telahpun mencuba kesemuanya namun ada satu jenis tapak semaian yang menarik perhatian penulis; Tapak Semaian dengan Penutup.

Pertama kali penulis ternampak tapak semaian ini, harganya sedikit mahal. Penulis menunggu beberapa bulan sehinggalah harganya turun, baru penulis membelinya dari sweetshop.my; ia merupakan sebuah pembelian yang baik. Penulis menggunakannya untuk tiga pusingan anak benih sebelum penulis membuat keputusan menambah bilangan tapak semaian dari kedai yang lain dimana cara pembungkusannya sangat mengecewakan maka penulis membuat keputusan untuk tidak menamakan kedai tersebut.

Berbalik kepada tapak semaian dengan penutup ini...

Kenapa Penulis Kata Ia Merupakan Sebuah Pembelian yang Baik?

1. Ia 3-dalam-1. Tapak semaian ini datang dalam 3 bahagian; tapak semaian untuk anak benih, bekas untuk air dan penutup. Anda boleh menggunakan samada tapak semaian sahaja untuk anak benih yang tidak tahan air yang banyak; tapak semaian + bekas air untuk anak benih yang memerlukan air yang banyak; atau ketiga-tiga bahagian dimana kehadiran penutup memerangkap wap air yang bebas keluar dari liang-liang stoma lalu meningkatkan kelembapan udara di persekitaran anak benih.

1. Tiga bahagian tapak semaian dengan penutup.
2. Tapak semaian + bekas air.
3. Tapak semaian dengan penutup.
4. Tapak semaian yang diisi dengan cocopeat, sedia untuk menerima anak benih.

2. Bagus untuk keratan. Penulis mendapati keratan lebih banyak tumbuh dengan menggunakan tapak semaian ini berbanding tapak semaian lain mungkin disebabkan oleh bekas air yang memastikan kecukupan air.

Keratan daun selasih yang sedang ditumbuhkan.

3. Saiz yang sesuai. Tapak semaian lazimnya mempunyai bilangan lubang yang banyak, boleh jadi disebabkan tidak semua biji benih akan bercambah, maka benih yang dicambahkan biasanya lebih banyak dari yang diperlukan. Namun begitu, penulis lazimnya mencambahkan benih didalam bekas plastik yang dikitar semula dan memindahkan anak cambah kedalam tapak semaian (Penulis tidak menganjurkan anda semua untuk mencontohi ini kerana ia memerlukan sentuhan yang lemah-lembut dan berhati-hati; namun penulis menyukainya). Disebabkan itu, penulis tidak memerlukan tapak semaian yang mempunyai bilangan lubang yang banyak; tapak semaian dengan penutup ini bagi penulis mempunyai bilangan lubang yang sesuai dengan keperluan penulis👍.

Penggunaan tapak semaian untuk anak pokok Goji Berry.

Penggunaan tapak semaian untuk anak pokok terung telunjuk.

Apakah kelemahannya...

Produk ini mempunyai satu kelemahan, berbanding dengan tapak semaian yang lain, tapak semaian ini (bekas berwarna hitam) agak tipis dan mudah koyak apabila terkena benda-benda tajam. Penulis menggunakan sudu plastik apabila memindahkan tanah atau mengeluarkan anak pokok dari tapak semaian ini. Sifatnya yang nipis menyebabkan tapak semaian yang dipesan penulis dari kedai kedua mengalami kerosakan yang teruk.

Kesimpulannya

Sejujurnya, penulis sangat gembira atas pembelian tapak semaian ini; ia menjadi tapak semaian kegemaran penulis terutamanya untuk menumbuhkan keratan pokok herba dan sayur-sayuran. Namun sekiranya penulis ingin membeli tapak semaian ini lagi, penulis akan membelinya dari kedai yang pertama, sweetshop.my. Kedai ini membungkus tapak semaian penulis dengan penuh berhati-hati dimana ianya disusun dengan bertingkat, menjadikan tapak semaian ini lebih kuat dan diletakkan didalam kotak, memastikan tapak semaian penulis sampai dengan selamatnya.

Ulasan

Panduan Popular

9 Manfaat Leca Ball untuk Aktiviti Perkebunan

" ...penggunaan leca ball  menjadikan pasu ringan sekaligus memudahkan aktiviti berkebun dalam pasu " Gambar atas, kiri : Gambaran bungkusan  leca ball  yang terdapat di pasaran. Gambar atas, kanan : diantara manfaat leca ball . Gambar bawah : maklumat am  leca ball . Leca  merupakan akronim kepada " Lightweight Expanded Clay Aggregate " dan ianya merujuk kepada ciri-ciri leca ball  iaitu; Diperbuat daripada tanah liat yang di kembang kan dan, Ianya adalah ringan .