Langkau ke kandungan utama

Penjagaan Peralatan Perkebunan

Melayu/English

Alat perkebunan yang berkualiti merupakan aset kepada pekebun; sekiranya alat itu dijaga dengan baik, ia memudahkan aktiviti perkebunan (haha 😆...penulis baru membersihkan gunting kebun penulis, memang rasa perbezaan menggunting dengan gunting kebun karat vs. gunting kebun kurang karat).

Kenapa Tidak Digalakkan Menggunakan Peralatan Karat?

Selain daripada itu, peralatan kebun yang karat boleh memudharatkan kesihatan; bakteria tetanus (Clostridium tetani) adakalanya terdapat pada bahagian karat peralatan kebun dimana sekiranya berlaku kecederaan dan bakteria tetanus ini masuk ke dalam badan, bakteria ini akan cuba membiak. Sekiranya berjaya, bakteria ini membebaskan toksin yang menyebabkan otot mengendur (relax) menyebabkan.
  • Kekejangan otot.
  • Ketegangan pada otot-otot rahang (lockjaw).
  • Ketegangan pada urat leher.
  • Masalah untuk menelan.
  • Ketegangan pada perut.
  • Masalah pernafasan
  • Kematian.

Bagaimana Cara untuk Membersihkan Peralatan yang Karat?

Maka, penjagaan peralatan kebun adalah penting. Terdapat pelbagai cara dan berikut adalah cara kegemaran penulis.


Penulis mencubanya dengan menggunakan soda penaik (baking soda) sahaja (lupa tentang cuka 😁), hasilnya agak memuaskan dan penulis akan mencubanya sekali lagi, kali ini dengan cuka dan minyak.
Percubaan membersihkan peralatan berkebun dengan soda penaik.

Apakah Cara Lain untuk Menjaga Peralatan Kebun?

  • Sterilkan gunting kebun dengan sapuan alkohol sebelum guna untuk mengelakkan penyebaran penyakit dikalangan tanaman.
  • Pastikan peralatan berkebun sentiasa kering dan bersih.

Rujukan

Ulasan

Panduan Popular

6 Manfaat Perlite untuk Tanaman Anda

Apa itu Perlite? Perlite  merupakan gelas gunung berapi ( volcanic glass ) yang dipanaskan pada suhu 871  degrees Celcius  menyebabkannya mengembang 13 kali daripada saiz asalnya.  Perlite  mengandungi liang-liang udara yang membolehkan air menyerap pada permukaannya. Gambar atas, kiri: Gambaran bungkusan  perlite  yang terdapat dipasaran. Gambar atas, kanan: rupa bentuk  perlite . Gambar bawah: maklumat tentang  perlite .