Langkau ke kandungan utama

Pembentukan Akar pada Keratan Batang

Melayu/English

Penulis telah mencuba menumbuhkan keratan ara/tin tiga kali: percubaan kali pertama memberikan hasil seratus peratus (2/2 keratan) manakala percubaan kali kedua dan ketiga memberikan hasil kurang daripada lima puluh peratus. Kini, penulis sedang dalam percubaan kali keempat.

Semasa percubaan kedua dan ketiga, penulis telah mencuba merendam keratan dalam pelbagai paras air; penulis perhatikan akar yang tumbuh menghampiri permukaan air.

Garisan biru menandakan paras air.
Perhatikan akar tumbuh menghampiri permukaan air.

Sebuah kajian oleh Zimmerman (1930) menunjukkan pemerhatian yang sama, mengaitkan kepentingan oksigen dalam pembentukan akar pada keratan, dimana sesetengah spesies memerlukan lebih banyak oksigen berbanding dengan spesies yang lain. Oksigen penting untuk respirasi tumbuhan, proses yang menukar simpanan makanan dalam keratan kepada sumber tenaga yang diperlukan untuk pembentukan akar manakala kekurangan oksigen membawa kepada kematian sel tumbuhan. Kekurangan oksigen boleh disebabkan oleh air yang terlalu dalam. Disebabkan inilah dianjurkan untuk menukar air setiap hari untuk memaksimakan kandungan oksigen dalam air. 

Rujukan

Ulasan

Panduan Popular

Bangun-Bangun (Plectranthus amboinicus)

Semasa berhari raya, saya menziarahi jiran lama dan dihadiahi dengan pokok bangun-bangun. Pesannya "cucuk je dalam tanah, nanti tumbuhlah". Memang benar, tanaman ini bertahan sepanjang perjalanan pulang dari kampung dan tumbuh mencanak-canak pada musim hujan. Daun pokok bangun-bangun. Pokok bangun-bangun juga dikenali dengan nama Spanish thyme , Indian borage , Mexican mint dan Cuban oregano . Disebabkan ini adakalanya pokok bangun-bangun disalah anggap sebagai pokok oregano . Kesilapan ini kemungkinan berpunca kerana kedua-dua tanaman ini mempunyai bau yang sama, walaupun bau pada pokok bangun-bangun adalah lebih kuat (dan sedap baunya 👃) Gambar kiri, atas : Daun oregano . Gambar kanan, bawah : Daun bangun-bangun. Perhatikan perbezaan dari segi bahagian sisi, ketebalan dan corak urat daun.