Langkau ke kandungan utama

Pokok Ara/Tin (Ficus carica) (Dikemaskini 7/3/19)

Sudah lama penulis inginkan Pokok Ara (Buah Tin, Fig) namun harga yang terdapat di pasaran sedikit tinggi untuk bajet penulis 😣. Kemudian, penulis terjumpa seorang penjual menjual keratan pokok ara yang dijual pada harga yang mampu milik. Penjual tersebut menawarkan beberapa kultivar dimana penulis memilih Masui Dauphine dan Violette de Solliès hanya kerana penulis menyukai nama mereka 😁.
Selain daripada itu, buah tin ini bagus untuk kesihatan, terutamanya buah tin segar. Rasanya sedap, manis-manis buah, dan mengenyangkan 😋.
Buah tin yang telah masak. Penulis menjumpainya di pasar tani.

Buah tin kaya dengan;
  • Folat.
  • Kalsium
  • Magnesium.
  • Manganese.
  • Kalsium.
  • Potassium.
  • Vitamin A&K.

Peringatan: Buah tin yang kering mengandungi 48 gram gula dalam setiap 100 gram hidangan, 10 gram lebih daripada jumlah harian yang dicadangkan manakala buah tin segar mengandungi 16 gram gula dalam setiap 100 gram hidangan.

Bagaimana Pokok Ara/Tin Membiak?

Pokok tin boleh dibiakkan melalui:
  • Biji benih
  • Keratan batang

Bagaimana Cara Mencambah Benih Tin?

Rendam biji benih dalam air semalaman sebelum pindahkan kedalam tapak semaian yang berisi medium bonsai/kaktus i.e medium yang sedikit kering kerana benih tin rentan pada serangan kulat.


Bagaimana Cara Menumbuhkan Keratan Tin?

Keratan tin yang elok mempunyai ciri-ciri tersebut;
  • Berusia 2-3 tahun.
  • Setebal ½ - ¾ inci (1 - 2 cm; kira-kira setebal jari kelingking) dan sepanjang 8 - 12 inci (20 - 30 cm).
  • Keratan haruslah dipotong secara mendatar
Keratan Pokok Ara/Tin.

Pokok Ara boleh ditumbuhkan daripada keratan dengan menumbuhkan akar dari bahagian keratan tersebut melalui beberapa cara;
  1. Balut keratan dengan tisu basah diikuti dengan membalut bahagian tisu basah didalam plastik. Biarkan keratan tersebut sehingga kalus (callus) terbentuk pada bahagian keratan yang dipotong. Kalus merupakan sel-sel tumbuhan yang terbentuk pada bahagian tumbuhan yang tercedera/dipotong.
  2. Tanam separuh bahagian keratan didalam pasu yang berisi tanah pasu (potting soil). Letakkan pasu pada kawasan yang menerima cahaya matahari secara tidak langsung. Tanah pasu haruslah lembap (namun tidak terlalu basah) untuk menggalakkan pembentukan akar pada bahagian keratan.
  3. Penulis pula merendam keratan pokok ara didalam air yang ditukar setiap hari sehinggalah kalus terbentuk sebelum menanamnya didalam tanah.

Keratan Pokok Ara penulis direndam didalam air sedalam 1/3 keratan

Keratan direndam sehingga kalus (callus) terbentuk

Keratan yang telah bercambah. Varieti Masui Dauphine bercambah
lebih cepat berbanding Violette de Sollies.

Apakah Cara Terbaik Menumbuhkan Keratan Tin?

Setelah menumbuhkan keratan akar lebih dari lima kali, penulis menjumpai cara yang memberikan pertumbuhan keratan yang terbaik buat penulis;
  1. Keratan yang segar/baru dipotong.
  2. Rendam sehingga kalus terbentuk; pada dua hari pertama, penulis menggunakan air paip yang ditambah sedikit serbuk penggalak akar (kalau tiada pun tidak mengapa) manakala pada hari-hari berikutnya, penulis menggunakan air paip yang ditambah (setitik sahaja!) larutan nutrien. Penambahan larutan nutrien pada pemerhatian penulis menggalakkan pembentukan daun pada keratan.
  3. Setelah kalus terbentuk, tanam dalam bekas kecil (diameter dalam 5cm) menggunakan medium cocopeat + perlite. Letak keratan yang baru terbentuk dibawah bumbung/kawasan terlindung*. Siram dengan air yang ditambah sedikit larutan nutrien**.
  4. Tunggu sehingga keratan stabil, atau daun menjadi besar, kira-kira hampir sebesar tapak tangan sebelum pindahkan kedalam pasu yang lebih besar. 
  5. Penulis lazimnya memindahkan kedalam pasu berdiameter 12cm dahulu (letak bawah bumbung dalam tempoh 1-2 hari atau 1-2 minggu sebelum diletakkan dikawasan yang terdedah kepada cahaya matahari) sebelum memindahkan kedalam pasu terakhir yang berdiameter 39cm. Anak pokok yang baru dipindahkan diletakkan dibawah bumbung 1-2 hari sebelum diletakkan dibawah cahaya matahari.

*Meletakkan keratan yang baru bercambah dibawah bumbung mengurangkan bebanan terhadap akar yang baru terbentuk untuk menyerap air.

**Larutan nutrien yang digunakan penulis sememangnya adalah baja cecair. Sekiranya tiada, boleh larutkan kira-kira 1 sudu kecil baja (penulis menggunakan baja bernisbah rendah 8:8:8) + 1 cawan air, kemudian ambil setitik daripada larutan tersebut dan tambah dalam bekas yang mengandungi keratan.
Keratan Masui Dauphine yang telah bercambah

Kiri: Keratan yang baru bercambah dipindahkan dalam pasu kecil.
Kanan: Keratan yang telah dianggap stabil dipindahkan kedalam pasu lebih besar.

Apakah Cara Penjagaan Pokok Ara/Tin?

Penanaman dalam bekas. Pokok ara/buah tin boleh ditanam samada terus kedalam tanah ataupun didalam pasu. Bekas pasu yang disarankan adalah pasu yang besar supaya akar boleh tumbuh dengan baik (penulis menggunakan pasu berdiameter 39cm).

Tanah. Tanah peroi, mempunyai sistem saliran dan pengudaraan yang baik, kaya dengan sisa-sisa organik, mempunyai pH 6.0-6.5

Lokasi. Kawasan yang menerima cahaya matahari yang penuh. 

Pengairan. Memerlukan air secukupnya; ketidakcukupan air menyebabkan daun layu dan gugur serta mengurangkan penghasilan buah. Pengairan yang cukup menyebabkan buah terbentuk dengan cantik. 

Pembajaan. Dianjurkan menggunakan semburan pada daun atau campuran rumpai laut serta kompos matang setiap bulan untuk menggalakkan pembentukan buah.

Bagaimana Cara untuk Menggalakkan Pokok Ara/Tin Berbuah?

Keratan pokok ara/tin pada awalnya akan membentuk daun baru. Apabila daun ini mencapai saiz yang telah matang, tunas baru akan terbentuk pada pangkal daun dewasa. Tunas ini akan membentuk menjadi daun baru (dan seterusnya dahan baru) sekiranya kandungan nitrogen (N) dalam baja/tanah adalah tinggi manakala tunas ini akan membentuk menjadi putik buah sekiranya baja buah digunakan (baja yang rendah kandungan potassium (K) manakala kandungan fosforus (P) dan N adalah sekata).

Kiri, atas: Tunas baru yang terbentuk pada pangkal daun.
Kanan, atas: Tunas yang terbentuk menjadi daun.
Kiri, bawah: Tunas yang membentuk putik buah
Kanan, bawah: Buah tin yang sedang membesar

Haha...😄 pokok tin penulis, terutamanya Masui Dauphine pada awalnya tumbuh dengan lebatnya dan membentuk 4-5 cabang. Semasa MAHA 2018, penulis terjumpa dengan penjual Pokok Ara/Tin yang memberi tips dan menjual baja, dimana penulis membelinya. Baja tersebut mempunyai nisbah NPK (16:4:20). Kira-kira sebulan daripada itu, Masui Dauphine mulai berbuah manakala Violette de Solliès berbuah kira-kira 2 bulan kemudian.

Selain dari pembajaan, sumber air adalah penting. Kekurangan air dan baja menyebabkan daun matang menjadi kuning dan berguguran.

Bagaimana Cara untuk Mengenalpasti samada Buah Tin Sudah Masak?

Buah tin sudah boleh dipetik apabila;
  1. Tangkai buah mula mengering
  2. Buah mula menurun.
  3. Perubahan pada warna kulit buah

Pengenalan Kultivar: Violette de Solliès

Violette de Solliès ditumbuh secara meluas di daerah Solliès di selatan France. Buahnya berwarna ungu di bahagian luar dan berwarna merah-merah jambu pada bahagian dalamnya. Anda boleh melihat Violette de Solliès disini.

Violette de Solliès berdaftar dibawah AOP (Appellation d'origine Protégée atau Protected Designation of Origin) dimana label "Figue de Solliès" hanya boleh digunakan bagi Buah Tin yang ditumbuhkan di kawasan Solliès, France.

Pokok ini tidak menyukai musim hujan...oops.

Catatan Penulis

Perkembangan pokok tin penulis boleh dilihat di Mukabuku Laman Lily.

Rujukan

Ulasan

Panduan Popular

Ketumbar Jawa (Eryngium foetidum)

Sudah lama penulis membaca perkongsian rakan-rakan lelaman Facebok tentang tanaman ketumbar jawa. Awal januari lalu, semasa membeli-belah di pasar tani 😉, penulis ternampak pokok ketumbar jawa yang dijual, tanpa berfikir panjang 😝, penulis pun membelilah (jangan tanya harga, dah lupa 😁). Pokok ketumbar jawa penulis sudah berbunga. Ketumbar Jawa, atau nama saintifiknya Eryngium foetidum  merupakan tanaman herba tropikal yang bersifat perennial i.e. mempunyai jangka hayat yang lama. Namun begitu, ia boleh menjadi tanaman  annual  i.e. mempunyai jangka hayat kurang atau besamaan dengan 1 tahun sekiranya ia menerima pancaran cahaya matahari yang menyebabkan proses bolting  (penjelasan lanjut dibawah). Tanaman ini berasal dari Mexico dan Amerika Selatan namun pada hari ini, ia telah ditanam secara meluas, termasuk Malaysia. Nama ketumbar jawa ( culantro ) adakalanya dikelirukan dengan daun ketumbar ( cilantro , juga dikenali dengan nama coriander . Dari istilah culinary  i.e.