Langkau ke kandungan utama

Tut Pelenturan

Tut pelenturan merujuk kepada teknik pembiakan tumbuhan dimana bahagian batang tumbuhan yang terdapat di atas tanah membentuk akar baru tanpa berpisah dari tumbuhan induk. Proses ini boleh berlaku secara alami atau dengan bantuan hormon penggalak akar. Akar baru mungkin mengambil masa beberapa hari, minggu, bulan mahupun tahun untuk terbentuk dengan baiknya, bergantung pada spesies tumbuhan. Bahagian batang yang telah berakar kemudian boleh dipisahkan dari tumbuhan induk menjadi tumbuhan yang baru.

Terdapat beberapa jenis tut pelenturan;

1. Tut pelenturan mudah/Tut pelenturan tanah (Simple layering/Ground layering) - batang tumbuhan dilenturkan dan sebahagian daripada batang tersebut ditanam didalam tanah.

Tut pelenturan tanah pada anak pegaga kampung.

2. Tut pelenturan majmuk/Tut pelenturan berlengkok (Compound layering/Serpentine layering) - Ianya sama seperti tut pelenturan mudah namun memilik lebih daripada satu anak pokok daripada batang yang sama. Teknik ini sesuai untuk tanaman seperti Anggur, ClematisMoney plants/PothosPhilodendron dan Wisteria.

Tut pelenturan majmuk pegaga kampung.

Catatan Penulis: Cara untuk melakukan Tut Pelenturan Mudah/Majmuk boleh rujuk disini.

3. Tut (Air layering/Marcotting) - Kaedah ini digunakan untuk tanaman hiasan dalam rumah (indoor houseplants) yang besar atau tanaman berkayu (woody plants). Lazimnya di Malaysia, teknik ini digunakan untuk buah-buahan seperti Durian, Mangga, Manggis dan lain-lain. Untuk melakukan tut;

a) Pilih dahan yang mempunyai diameter setebal batang pensel ataupun lebih besar daripada itu. Pilih kawasan dibawah buku (node), buang ranting kecil dan dedaun sepanjang 3-4 inci/7-10 cm daripada kawasan tersebut. Tut lazimnya dilakukan 1-2 kaki/12-24 inci/30-60 cm daripada pucuk daun, dan cara melakukan tut berbeza antara tumbuhan Monocots dan Dicots kemungkinan disebabkan oleh perbezaan struktur dalaman batang pokok.

Image result for air layering
Tut lazimnya dilakukan pada jarak 1-2 kaki/12-24 inci/30-60 cm daripada pucuk daun.
SumberAmerican Camellia Society.

Illustrations of differences between monocots and dicots
Perbezaan antara Monocots and Dicots.
SumberWikipedia.

b) Lakukan pemotongan pada dahan. Untuk tanaman Monocots, buat pemotongan menghala keatas (upward cut) sepanjang 1-1½ inci dan sedalam 1/3 batang, manakala untuk tanaman Dicots, buang 1-inci lapisan kulit (bark) batang pokok; dengan menggunakan pisau yang tajam dan bersih, buat dua keratan selari pada jarak 1 inci di sekeliling batang pokok. Sambung dua keratan selari tersebut dengan satu keratan yang panjang. Buang lapisan luar kulit batang pokok dan biarkan lapisan dalam terdedah.

Image result for air layering monocots
Pemotongan pada tanaman Monocots.
SumberDaylilies in Australia.

Image result for air layering
Pemotongan pada tanaman Dicots.
SumberGardening Know How.

c) Perbaiki potongan pada batang. Selitkan pencungkil gigi/batang mancis kayu pada potongan Monocots untuk memastikan potongan tersebut tidak tertutup (rujuk gambar diatas). Letak sedikit hormon penggalak akar untuk mempercepatkan pembentukan akar baru. Letak di sekeliling bahagian yang dipotong dengan medium yang bersih seperti sphagnum moss atau tanah yang telahpun direndam dengan air dan diperah untuk membuang air berlebihan. Balut medium tersebut dengan plastik atau kerajang aluminium (aluminum foil) dan ikat dengan kemas untuk memastikan plastik atau kerajang aluminium tersebut tidak bergerak. Pastikan ikatan pada hujung plastik atau kerajang aluminium adalah kedap untuk memastikan air tidak keluar mahupun masuk. Lindungi plastik atau kerajang aluminium tersebut sekiranya ia terdedah pada cahaya matahari sepanjang hari kerana akar pokok bersifat fototropisma negatif (negative phototropism).

d) Pasu. Potong bahagian bawah plastik atau kerajang aluminium apabila medium didalamnya penuh berisi dengan akar dan tanam didalam pasu. Letak pasu berisi tanaman baru dikawasan teduh sehingga akar terbentuk dengan baiknya dan tanaman tersebut telah stabil.

Catatan penulis: Memandangkan penulis belum berpeluang untuk melakukan tut, laman ini menyediakan panduan bergambar untuk melakukan tut.

Rujukan


Ulasan

Panduan Popular

9 Manfaat Leca Ball untuk Aktiviti Perkebunan

" ...penggunaan leca ball  menjadikan pasu ringan sekaligus memudahkan aktiviti berkebun dalam pasu " Gambar atas, kiri : Gambaran bungkusan  leca ball  yang terdapat di pasaran. Gambar atas, kanan : diantara manfaat leca ball . Gambar bawah : maklumat am  leca ball . Leca  merupakan akronim kepada " Lightweight Expanded Clay Aggregate " dan ianya merujuk kepada ciri-ciri leca ball  iaitu; Diperbuat daripada tanah liat yang di kembang kan dan, Ianya adalah ringan .