Pemerhatian: Daun anak pokok tin dan ulam raja menunjukkan tanda mulai layu.
Hipotesis: Lazimnya, kelayuan pada daun pokok menandakan ketidakcukupan air pada tumbuhan.
Pemeriksaan: Penulis menyentuh pada permukaan tanah: lembap.
Kesimpulan Awal: Sumber air dalam tanah adalah mencukupi untuk pokok.
Jawapan: Antara calon punca adalah...
1. Kulat. Penulis teringat pengalaman lalu dimana anak pokok bunga matahari mati akibat kulat dalam tanah. Namun situasi kali ini berbeza; pertama, ia tidak berlaku pada anak pokok yang baru dipindahkan, dan kedua, anak pokok tin ditumbuhkan dari keratan dimana pertumbuhan sekunder telahpun berlaku. Tambahan pula, cuaca kebelakangan ini agak panas dan kering, keadaan yang tidak sesuai untuk penyebaran penyakit akibat kulat kerana kulat menggemari keadaan yang lembap. Bolehjadi juga kulat yang menyerang bahagian dalam tumbuhan (penyakit sistemik), namun pada hemah penulis, adalah suatu kemungkinan yang rendah kerana tiada tanda lain yang dapat diperhatikan pada tumbuhan selain daripada daun menjadi layu.
2. Serangga?. Adakalanya, serangga suka menghisap cecair tumbuhan menyebabkan pokok layu. Maka penulis memeriksa di bahagian bawah daun, di mana serangga suka duduk menghisap cecair tumbuhan. Setelah diperiksa di bawah setiap daun, tiada serangga kelihatan. Maka serangga bukanlah puncanya.
3. Faktor lain?. Sekiranya bukan faktor biota (benda hidup), maka kebarangkalian tinggi adalah faktor abiota (bukan hidup) yang menjadi punca kepada daun menjadi layu. Penulis teringat pemerhatian awal penulis "...cuaca kebelakangan ini agak panas dan kering"...hmmmm...
Kesimpulan Penulis: Daun menjadi layu akibat ketidakcukupan air yang disalurkan kepada daun.
Hujah:
1. Teori awal berpendapat bahawa liang stoma pada daun tertutup pada waktu malam. Namun kajian terbaru menunjukkan bahawa liang stoma terbuka pada waktu malam (Anderson et al.,2018; Escalona et al., 2013; Fricke, 2019).
2. Bukan liang stoma pada waktu malam membenarkan air keluar daripada tumbuhan (night-time transpiration; nocturnal transpiration).
3. Cuaca panas menggalakkan air keluar daripada tumbuhan.
4. Jumlah air yang keluar daripada tumbuhan jauh melebihi daripada jumlah air yang diserap disebabkan akar yang baru terbentuk pada anak pokok, menyebabkan daun menjadi layu.
5. Selain daripada itu, cuaca panas juga menggalakkan proses respirasi (penukaran bahan simpanan tumbuhan kepada tenaga) (Rujukan) menyebabkan beberapa daun pokok penulis bukan sekadar layu, malah bertukar menjadi coklat akibat proses respiras.
5. Selain daripada itu, cuaca panas juga menggalakkan proses respirasi (penukaran bahan simpanan tumbuhan kepada tenaga) (Rujukan) menyebabkan beberapa daun pokok penulis bukan sekadar layu, malah bertukar menjadi coklat akibat proses respiras.
Penyelesaian. Apakah yang boleh penulis lakukan untuk mengatasi masalah ini?
1. Galakkan pertumbuhan akar dengan menyiram air + serbuk penggalak akar, atau
2. Siram larutan rumpai laut (rendam rumpai laut kering dalam air). Larutan rumpai laut kaya dengan potassium (K): potassium dilaporkan mampu menambah kerintangan terhadap masalah kekurangan air pada tumbuhan (Rujukan).
3. Pindahkan anak pokok dikawasan yang lebih terlindung dan sejuk.
4. Kurangkan bilangan daun pada pokok untuk mengurangkan kadar kehilangan air melalui permukaan pokok.
4. Kurangkan bilangan daun pada pokok untuk mengurangkan kadar kehilangan air melalui permukaan pokok.
Elakkan dari menyiram tatkala tanah sudahpun lembap kerana ia boleh membawa kepada masalah pereputan akar.
Ulasan
Catat Ulasan