Langkau ke kandungan utama

Tanaman yang Mudah Ditanam

Diantara soalan-soalan lazim yang kerap ditanya;


Sebenarnya, agak sukar untuk menjawab persoalan ini kerana tanaman yang mudah untuk ditanam berbeza bagi individu, musim dan kawasan yang berbeza. Sebagai contoh: tanaman cili boleh dianggap sedikit 'leceh' terutama dari sudut kawalan serangga, namun bagi mereka yang meminati cili. itu bukanlah sesuatu yang menyusahkan.

Selain daripada itu, kawasan yang kerap mengalami hujan akan berhadapan dengan masalah yang berlainan berbanding dengan kawasan yang sentiasa kering. Maka, mereka yang duduk di kawasan lembap sangat senang menanam kangkung dan kesum berbanding mereka yang duduk di kawasan kering dan panas.

Apa yang penulis senaraikan disini hanyalah tanaman yang secara umumnya mudah ditanam. Semoga ianya memanfaatkan para pembaca terutamanya para pembaca yang baru berjinak-jinak dalam dunia perkebunan.

Buah-Buahan

1. Jagung
2. Strawberry
3. Tomato & Tomato Ceri

Pokok Bunga

4.  Cosmos
5.  Marigolds
6.  Matahari
7.  Raya
8.  Ros Kampung
9.  Ruellia
10. Zinnia

Bunga Matahari

Sayur-Sayuran

11.  Bayam (Bayam biasa, Bayam Malabar)
12.  Bendi
13. Cili & Lada (cth: Lada Benggala)
14. Daun Salad
15. Daun Selom
16. Lobak (CarrotRadish & Turnip)
17. Kale
18. Kangkung
19. Kekacang (Peas Beans; cth, Kacang Buncis, Kacang Panjang)
20. Petola
21. Sawi (Chard, Collards & Mustards)
22. Squash (cth: Labu, Peria, Peria Katak & Zucchini)
23. Ubi (Keledek, Kentang)

Peria Katak

Tanaman Herba

24. Bangun-Bangun
25. Bebawang (Bawang Besar, Bawang Putih, Chives)
26. Daun Selasih
27. Daun Kari
28. Daun Ketumbar
29. Daun Pudina/Mint (cth: Spearmint)
30. Ketumbar Jawa
31. Oregano

Bangun-Bangun

Bagaimana dengan para pembaca? Adakah anda mempunyai senarai lain yang anda sudi berkongsi bersama pembaca yang lain?

Artikel berkaitan;

Reference

1. Easy Crops to Grow From Seed.
2. The Seven Easiest Vegetables to Grow for Beginner Gardeners.
3. 10 Best Garden Crops for Beginners.
4. 21 Easiest Veggies & Herbs To Grow.

Ulasan

Panduan Popular

9 Resepi untuk Racun Serangga dan Racun Kulat

Melayu/ English " Semburan bawang putih, semburan cili dan semburan minyak neem sesuai digunakan sebagai langkah pencegahan manakala semburan daun tomato, semburan soda penaik, semburan minyak, semburan sabun, semburan minyak neem dan tanah diatom sesuai untuk melawan serangan " Racun serangga sepatutnya membantu para pekebun; namun terdapat racun serangga yang memudharatkan kesihatan para pekebun. Disini, penulis ingin kongsikan cara-cara membuat racun serangga dan racun kulat sendiri. Racun-racun ini dilaporkan berkesan untuk menangani masalah serangan serangga dan kulat namun ianya selamat digunakan oleh para pekebun. Gambar : Racun serangga penulis.  Cara membuatnya, rujuk no. 9) Sebelum itu, sila baca peringatan berikut; Peringatan #1 : Sebelum menggunakan mana-mana semburan, dianjurkan untuk  uji-semburan  ( test-spray ) pada daun dengan jumlah yang sedikit. Sekiranya tiada apa-apa perubahan pada warna dan bentuk daun dalam 1-2 h...