Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2016

Pakej Mencambah (Seedling Package)

Berikutan peristiwa damping off , terfikir bagaimana hendak menumbuhkan anak cambah yang kuat. Seeloknya, akar pokok tidak terganggu kerana ada sesetengah pokok terlebih sensitif sekiranya akar mereka terganggu. Artikel berkaitan : Penyakit Damping Off: Punca Kematian Tanaman . Pilihan pertama adalah menggunakan seed starter pot kerana ianya boleh ditanam terus kedalam tanah, maka tidak mengusik akar langsung. Namun semasa berjalan-jalan di Ace Hardware , ternampak produk untuk mencambah biji benih ( seedling package ). Harga dalam RM 10 untuk 10 pasu mencambah + peat moss sebagai medium percambahan. Pakej untuk mencambah biji benih.

Carnation

Bunga carnation agak mudah untuk ditumbuhan disamping menceriakan laman anda melalui kepelbagaian warnanya yang indah. Carnation juga wujud dalam bentuk annual , biennial atau perennial , bergantung pada jenis hybrid . Bunga carnation  agak versatile ; ia boleh ditanam di dalam tanah ( flowerbeds , borders , atau rock gardens ) ataupun didalam bekas. Tanaman ini tumbuh pada ketinggian 18-24 inci (45-60 cm) serta mengeluarkan bau. Bunga carnation boleh ditumbuhkan melalui percambahan biji benih atau melalui keratan batang (2). Tips Penanaman Carnation Penyediaan tanah . Bunga carnation tumbuh baik dalam keadaan tanah yang sedikit beralkali serta mempunyai sistem saliran yang baik. Cahaya matahari . Carnation memerlukan cahaya matahari sekurang-kurangnya 4-5 jam sehari. Pengudaraan . Menanam carnation  di kawasan yang mempunyai sistem pengudaraan yang baik membantu menggalakkan pertumbuhan carnation kerana adalah penting untuk memastikan daun carnation sentiasa kering.

Penanaman di Kawasan Tropika: Musim Hujan

" Tumbuhan yang  stress  akan merembeskan bahan kimia yang menarik perhatian serangga perosak " Di kawasan  temperate (4 musim), aktiviti pertanian lazimnya dilakukan pada awal musim bunga dan berakhir pada musim luruh dimana para pekebun dinasihatkan untuk peka terhadap cuaca sejuk yang boleh mematikan atau merencat pertumbuhan tanaman. Manakala di kawasan tropika, seperti di Malaysia, aktiviti pertanian boleh dijalankan sepanjang tahun kerana kita tidak perlu risau pada cuaca sejuk: cuaca disini secara amnya adalah hujan dan panas sepanjang tahun. Namun, ekoran dari pemerhatian  damping off terhadap bunga matahari saya, saya mula menyemak balik paradigma ini: benarkah boleh menanam sepanjang tahun? Hujan dan Kadar Kelembapan Udara + Tanah Hujan menambah kadar kelembapan udara serta kandungan air dalam tanah . Ini boleh dilihat dari sudut positif dan negatif. Positif   Mengurangkan kadar penggunaan air.  Meredupkan cuaca. Negatif  Menggala

Zinnia

Zinnia merupakan tanaman annual  i.e. ianya tumbuh serta menghasilkan bunga dalam tempoh setahun sahaja. Menanam Zinnia  amatlah dianjurkan bagi pekebun baru kerana ianya mudah ditumbuhkan dan dijaga. Pokok ini mengambil masa 60-70 hari untuk berbunga dan tumbuh pada ketinggian 6-8 inci (15-20 cm) bagi varieti rendah ataupun 12-18 inci (30-46 cm) bagi varieti tinggi. Kepelbagaian warna pada bunga  Zinnia menarik perhatian rama-rama. Rama-rama merupakan serangga bermanfaat untuk tumbuhan kerana ia membantu proses pendebungaan namun anak rama-rama i.e. ulat beluncas lazimnya dianggap sebagai serangga perosak. Tanaman Zinnia yang dewasa/matang boleh tumbuh pada keadaan yang kurang air ( drought-resistance ). Tips Penanaman Zinnia Cahaya matahari . Memerlukan sinaran matahari penuh. Penyediaan tanah . Tanah mestilah mempunyai sistem saliran yang baik serta kaya dengan sisa organik. Tanah yang kekurangan sumber organik dianjurkan untuk menambah kompos ataupun sisa daun keri

Penyakit Damping Off: Punca Kematian Tanaman

Damping off merujuk pada penyakit yang terkena pada anak cambah disebabkan oleh kulat atau organisma-seperti-kulat seperti  Pythium , Phytophthora , Rhizoctonia dan Fusarium . Mikro-organisma ini mereputkan bahagian batang dan akar yang terdapat didalam tanah menyebabkan anak cambah rebah dan mereput . Damping off jarang memberikan kesan negatif kepada tumbuhan tua/matang/telah besar kerana pada fasa pertumbuhan ini, tumbuhan telah mengalami pertumbuhan sekunder pada bahagian batang yang boleh menghalang kulat dari menyerang. Diantara punca penyebab penyakit damping off  adalah: Kadar kelembapan yang tinggi (seperti di Malaysia, terutamanya musim hujan). Kadar pengudaraan yang tidak seberapa baik. Banyak benih dicambah pada satu bekas yang sama (ooops).

Musim Hujan dan Kekurangan Kalsium

"... apabila tiba musim hujan, sediakan kulit telur untuk tanaman anda " Beberapa hari ini, saya perhatikan, daun cili kembung saya (daun baru) mempunyai bentuk yang pelik sedikit; Daun yang baru terbentuk menunjukkan kecacatan. Melalui pencarian internet dan pembacaan, saya berpendapat pokok cili kembung saya mengalami kekurangan kalsium. Kenapa Kekurangan Kalsium Ianya berlaku pada daun muda . Musim hujan . Kekerapan hujan menyebabkan i) tanah berasid dan ii) transpirasi dalam tumbuhan berkurangan. Tanah berasid. Tanah yang berasid kuat merencat pengambilan kalsium oleh tumbuhan. Kurang transpirasi. Proses kehilangan air melalui liang daun secara tidak langsung merangsang pengambilan nutrien (termasuk kalsium) dari dalam tanah kedalam tumbuhan. Pada kadar kelembapan yang tinggi, kadar kehilangan air melalui liang daun berkurangan, maka kadar pengambilan kalsium juga berkurangan. Cara Menangani Kekurangan Kalsium dalam Tumbuhan Lime/D olomite l

Ubi Kentang

Ubi kentang merupakan satu tumbuhan yang unik bagi saya: lazimnya, tumbuhan tuber seperti lobak merah tumbuh di bahagian bawah daripada biji benih manakala ubi kentang tumbuh di atas biji benih . Keunikan ini membuatkan saya semakin berminat untuk menumbuhnya, selain dari gemar memakannya 😋. Ubi kentang boleh ditanam didalam tanah, bekas, beg plastik hitam, beg guni dan pelbagai lagi, asalkan ianya besar dan mempunyai sistem saliran yang bagus. Contoh beg komersial untuk menanam ubi kentang boleh dilihat disini . Cara Pertumbuhan Ubi Kentang 1) Menanam ubi kentang dalam tanah yang dicampur dengan kompos. 2) Apabila batang tuber telah tumbuh kira-kira 6 inci... 3) Tanam dengan tanah + kompos sehingga ke paras bawah daun. Proses ini dinamakan sebagai " hilling ". 4) Ini akan memaksa tuber untuk tumbuh lagi... 5) Ulangi proses hilling . Ini akan menyebabkan akar tumbuh disekeliling tuber ... 6) ...untuk pertumbuhan ubi kentang. Pembentukan

Menumbuh-Semula (Regrow) Lobak Merah

Lobak merah adalah tumbuhan " biennial ": pada tahun pertama, ianya fokus pada pertumbuhan akar (bahagian yang berwarna jingga yang kita makan) manakala pada tahun kedua, ianya fokus pada pembentukan daun, bunga dan benih. Maka secara teorinya, tanam benih lobak merah, tuai hasil, bila masak, simpan bahagian atas lobak merah sehingga ianya berbunga dan menghasilka biji benih, lalu ulang semula proses dari awal. Meh kita test teori ini =D p/s - menumbuh semula bahagian atas lobak merah merupakan projek (main-main) lama saya dan telah berulang-kali gagal. Kebanyakannya disebabkan lobak merah mereput dan membusuk sebelum daun sempat tumbuh. Nampaknya cuaca di Malaysia menggalakkan pertumbuhan agen pereput. Jurnal Menumbuh Semula Bahagian Atas Lobak Merah Catatan 17/9/2016 Menumbuh-semula lobak merah dengan menggunakan medium vermiculite (kiri), pumice (tengah) dan perlite (kanan) Catatan 24/9/2016 Kumpulan ke-2 dengan menggunakan penutup beka

5 Manfaat Sungkupan (Mulch) untuk Tanaman Anda

Sungkupan merujuk kepada bahagian tumbuhan (lazimnya dahan/batang yang dipotong halus atau daun kering) yang diletakkan di permukaan atas tanah. Penggunaan sungkupan pada batas tanaman Penggunaan sungkupan pada pokok yang ditanam. Penggunaan sungkupan pada pokok yang ditanam didalam pasu.

Lada Benggala (Capsicum annuum L.)

Lada benggala merupakan suatu tanaman yang unik, ia wujud dalam tiga warna yang berbeza: hijau, kuning dan merah. Kepelbagaian warna bukanlah menunjukkan varieti yang berbeza, sebaliknya menandakan berapa lama buah lada benggala berada pada tanaman induk. Buah lada benggala bermula dari warna hijau , kemudian berubah kepada warna kuning sebelum menjadi warna merah . Kandungan vitamin C didalam lada benggala juga berubah dengan perubahan warna;  kandungan vitamin C didalam lada benggala merah adalah 3 kali ganda daripada vitamin C yang terdapat didalam buah orange manakala  kandungan vitamin C didalam lada benggala hijau adalah  2 kali ganda  daripada vitamin C yang terdapat didalam buah  orange .   Selain daripada itu, lada benggala juga mengandungi vitamin A, zat besi dan kalsium. Vitamin C merupakan antioksidan yang membantu melawan radikal bebas dalam badan selain daripada menguatkan sistem imunisasi dalam badan. Memandangkan lada benggala kaya dengan vitamin C, pemakanan la

Tomato Ceri

Pohon tomato ceri merupakan diantara tanaman terawal yang ditanam oleh penulis; sekiranya para pengunjung baru berjinak-jinak dalam bidang perkebunan, tomato ceri adalah diantara tanaman yang dicadangkan untuk pekebun baru kerana ianya senang tumbuh berbanding tomato biasa dan cepat berbuah. Pokok tomato ceri dikategorikan sebagai " indetermines ": ini bermaksud, ianya akan berbunga dan berbuah berterusan. Sekiranya di negara bermusim, pokok tomato ceri akan terus berbuah dan berbunga sehingga musim sejuk, namun saya tidak pasti keadaanya di Malaysia.

Memahami Masalah Tanaman Anda

Sebelum ini, saya ada menulis kepentingan memerhati warna dan bentuk daun untuk mengetahui keadaan tanaman anda secara umum. Baru-baru ini, saya ada memerhati daun betik saya, daun di bahagian bawah menunjukkan warna kuning dan kemudiannya, layu, namun daun kekal pada tumbuhan (seperti gambar dibawah). Pokok betik yang menunjukkan tanda-tanda bermasalah. Pemerhatian ini menimbulkan perlbagai persoalan di minda. Lalu, saya melakar carta aliran masalah tanaman untuk memudahkan pencarian. Penafian : Carta ini bersifat umum . Terdapat tumbuhan yang mungkin memberikan tanda-tanda yang berlainan daripada apa yang tertera didalam carta ini.

Kepentingan Nutrien dalam Tumbuhan

80-90 % berat tumbuhan merupakan hasil fotosintesis manakala selainnya bergantung pada pengambilan nutrien oleh tumbuhan. Terdapat kira-kira 12 nutrien penting pada tumbuhan: 6 daripadanya diperlukan pada kuantiti yang banyak (makro-nutrien) manakala 6 diperlukan dalam kuantiti yang sedikit (mikro-nutrien). Nutrien penting untuk tumbuhan

5 Faktor yang Mempengaruhi Perkembangan Tanaman Anda

" Sebelum membuat keputusan untuk menanam, adalah seeloknya memperhatikan kawasan yang ingin ditanam " Tumbuhan merupakan satu organisma yang unik kerana ianya berkebolehan mengambil sumber yang bukan organik dan menukarkannya kepada sumber organik (seperti buah, daun/pucuk, tuber dan sebagainya). Disebabkan hal ini, banyak tumbuhan ditanam untuk kegunaan manusia, samada dari sudut sumber makanan, kewangan, ubat-ubatan, kecantikan, estetik serta pelbagai lagi. Sebelum membuat keputusan untuk menanam, adalah seeloknya meperhatikan kawasan yang ingin ditanam, untuk memastikan kesesuaian tanaman dengan faktor persekitaran. Boleh sahaja menanam tanpa menghiraukan faktor-faktor ini, mungkin tanaman anda akan tumbuh dalam keadaan yang elok, mungkin juga tidak atau pertumbuhan terbantut terutama bagi tanaman yang sensitif. Secara amnya, terdapat 5 faktor yang mempengaruhi perkembangan serta pertumbuhan tanaman anda; Faktor-faktor yang mempengaruhi pertumbuhan tanaman.

Penyediaan Tanah untuk Penanaman dalam Pasu

" Untuk campuran tanah anda, gunakan apa yang anda rasa bersesuaian asalkan ianya memberikan ruang untuk  akar  bertumbuh dengan baik, sistem  saliran  dan  pengudaraan   yang baik serta membantu dalam kitaran  nutrien " Pada penulisan yang lepas , saya ada menulis berkenaan campuran tanah kegemaran saya. Campuran tersebut masih menjadi kegemaran, cuma pada penulisan kali ini, saya ingin menggunakan tanah lama. " ...menggunakan tanah lama mempunyai risiko " Sebelum saya meneruskan penulisan ini, saya harus tekankan bahawa menggunakan tanah lama mempunyai risiko  terutama dari sudut nutrien dan penyakit . Tanah lama yang saya gunakan telahpun direhatkan (a.k.a terbiar dan terdedah kepada hujan 😁) selama beberapa bulan tanpa dikacau. Apabila dilihat, sturktur dan warna tanah agak memuaskan: i.e. warna tanah gelap dan strukturnya agak gembur serta mengandungi sisa organik yang bagus untuk mengembalikan nutrien kedalam tanah. Tanah lama dipenuhi aka