Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2016

Jimat Ruang dengan Penanaman Campuran

" Penanaman campuran ini sebenarnya amat bersesuaian untuk penduduk di Asia kerana kebanyakan resepi masakan menggunakan dedaun herba dan ini tidak termasuk dengan penggunaan ulam-ulaman ... " Tidak dinafikan, aktiviti perkebunan semakin mendapat tempat dihati penduduk-penduduk bandar terutamanya dengan kewujudan kumpulan-kumpulan yang bertemakan perkebunan di lelaman Facebook . Penulis akui, adakalanya berasa geram (dari sudut positif) apabila melihat tanaman orang lain berjaya, dan ingin mencubanya. Namun bagi sesetengah individu, mereka mengalami masalah kekangan ruang.

Menyesuaikan Campuran Tanah mengikut Tanaman Anda

"... campuran tanah yang bagus mempunyai sistem saliran ( drainage ), pengudaraan ( aeration ) serta kitaran nutrien yang baik. " Kebanyakan tanah yang dijual di kedai-kedai menjual dua jenis tanah; tanah hitam dan tanah bakar. Di samping itu, terdapat juga tanah campuran yang dijual untuk memudahkan kita semua menanam tanaman kegemaran kita. 2 jenis tanah yang lazimnya terdapat di pasaran. Kiri: tanah hitam. Kanan: tanah bakar. Contoh tanah campuran yang terdapat di pasaran. Menggunakan tanah campuran sememangnya menyenangkan tugas kita. Namun, kadang-kadang, membuat campuran tanah sendiri agak menyeronokkan.

Ketahui Status Tanaman Anda melalui Tanda pada Daun

Daun merupakan organ utama tumbuhan dalam memastikan tumbesaran tanaman melalui proses fotosintesis, dimana carbon dioxide (CO 2 ) diserap dan oksigen (O 2 ) dibebaskan. Selain daripada itu, keadaan dan juga warna daun merupakan salah satu cara tumbuhan "berkomunikasi" dengan kita untuk memaklumkan samada ianya memperoleh nutrien dan air yang mencukupi atau tidak.

Smart Water

" Apa yang menarik tentangnya ialah, kebolehannya menyerap air " Dalam menulis beberapa produk yang terdapat di dalam pasaran, produk " Smart Water " merupakan produk yang agak sukar untuk mendapatkan maklumat tentangnya di dalam talian. Setakat pencarian saya, ada dua blog sahaja ( Karyaku Paridah Ishak dan Tanam Sendiri ) yang menulis berkenaan produk ini. Cabaran dalam mencari maklumat tentang produk ini bertambah dengan kewujudan produk minuman Syarikat Coca-Cola yang juga dinamakan " Smartwater " 

Kenapa Biji Benih Tidak Bercambah?

Melayu/ English Anda mempunyai tumbuhan yang ingin sangat ditanam. Biji benihnya di tangan anda. Anda rendam, semai, dan siram biji benih setiap hari. Namun anda tidak nampak sebarang perubahan pada biji benih anda. Pernahkah para pengunjung mengalami keadaan seperti ini? Sekiranya ya, jangan risau, anda bukan keseorangan. Malahan penulis sendiri pun pernah mengalaminya beberapa banyak kali. Memang tidak dinafikan, ada individu yang cukup bertuah, campak apa sahaja, jadi. Manakala untuk penulis, ada benih yang mudah, ada yang sukar, dan ada yang masih gagal hingga ke hari ini. Namun, bak kata-kata yang masyhur; Disini, penulis ingin kongsikan sedikit sebanyak apa yang telah penulis pelajari tentang percambahan biji benih. Semoga catatan penulis memanfaatkan para pengunjung semua.

Pembungkusan Menarik daripada Baja Cecair Miracle Gro

Penggunaan baja memudahkan para pekebun memenuhi keperluan nutrien tanaman mereka. Sekiranyan anda menggunakan leca ball , perlite , pumice , vermiculite dan zeolite , penggunaan baja cecair amatlah disyorkan kerana nutrien ini boleh diserap kedalam medium ini bersama-sama dengan air. Selain daripada itu, pengunaan baja cecair juga memudahkan tumbuhan untuk menyerap nutrien; ini sangatlah bermanfaat terutama apabila tanaman anda menunjukkan tanda-tanda kekurangan nutrien. Secara umum, saya lebih menyukai menggunakan tanah kompos kerana ia lebih organik dan bersifat  mampan  disamping membantu menangani masalah pemanasan dunia . Namun, diantara kelemahan kompos adalah ianya mengambil sedikit masa untuk menampakkan kesannya. Disebabkan itu, saya sentiasa memastikan saya mempunyai sebungkus baja (sebungkus sahaja ye) untuk keperluan kecemasan, contohnya, tumbuhan saya menunjukkan daun berwarna kekuningan yang menandakan kekurangan nitrogen. Artikel berkaitan ; Memahami

Cara Mudah untuk Mengkompos

Apa itu Kompos? Kompos merujuk kepada bahan-bahan yang telah terurai lalu menjadi sumber bekalan nutrien kepada tanaman selain daripada baja. Apakah Kebaikan Mengkompos? Baja alternatif . Hasil kompos merupakan sumber alternatif kepada penggunaan baja kerana ia kaya dengan nutrien. Mesra alam . Proses pengkomposan bersandarkan kepada proses semulajadi dimana bahan-bahan organik diuraikan kepada bentuk yang ringkas. Selain daripada itu, dengan mengkompos, kita membantu mengurangkan sisa buangan dari dapur sekaligus membantu mengatasi masalah sisa buangan didunia ini. Gambar : Dunia yang dipenuhi dengan sampah-sarap. Inikah dunia yang bakal kita tinggalkan untuk generasi akan datang? Organik . Produk kompos sememangnya bersifat organik kerana bahan asasnya adalah dari sumber organik manakala proses peleraian sisa-sisa organik ini dilakukan oleh makro- dan mikro-organisma dalam tanah. Mampan . Aktiviti pengkomposan membantu mencapai kemampanan dengan i) mengurangkan pe

Tanaman dalam Tin: Selasih (Basil) dan Ketumbar (Cilantro)

  "... produk tanaman dalam tin ini amatlah mudah digunakan, menjimatkan masa serta tidak memerlukan ruang yang banyak " Daun selasih (kanan) dan daun ketumbar (kiri) yang siap ditanam Menarik, sangat menarik. Bukan makanan sahaja yang wujud dalam bentuk segera, rupa-rupanya tanaman juga. Saya terjumpa produk ini di Ace Hardware dan ianya menarik perhatian kerana pertama kali melihat produk sedemikian rupa: garden in a can  (terjemahan harfiahnya adalah "kebun dalam tin" tetapi saya rasa tanaman dalam tin lebih sesuai) Gambaran hadapan dan belakang produk tanaman dalam tin. Cara menggunakan produk ini tertera dibahagian belakang tin. Setakat ini, saya hanya menjumpai dua jenis tanaman herba yang tersedia dalam bentuk tin; Basil  - daun selasih Cilantro  - Daun ketumbar, ada kalanya juga dikenali sebagai coriander  namun coriander lebih merujuk kepada biji ketumbar.  Gambar atas : Tin ini mempunyai dua lubang dibahagian atas G

Sphagnum Moss dalam Perkebunan

" Manfaat utama penggunaan Sphagnum moss ialah kebolehannya menyimpan air " Hehehehe...jalan-jalan (cuci mata) di Ace Hardware ternampak beberapa jenis produk menjual Sphagnum moss ini. Memandangkan kajian saya berkait rapat dengan jerami padi, saya agak berminat dengan mana-mana produk yang berasaskan tumbuhan. Kiri: gambaran bungkusan Sphagnum moss Kanan: gambaran Sphagnum moss yang kering

Kepelbagaian Tapak Semaian dalam Perkebunan

Tapak semaian merujuk kepada peralatan yang digunakan untuk mencambah biji benih. Pada masa kini, tapak semaian wujud dalam pelbagai bentuk dan sebahagian daripada mereka bersifat bio-degradasi serta mampan. Kelebihan penggunaan tapak semaian adalah; Jimat . Proses percambahan biji benih tidak memerlukan medium yang banyak. Kualiti anak cambah . Penggunaan tapak semaian membolehkan biji benih bercambah secara individu, tanpa persaingan dari anak cambah lain. Akar anak cambah . Pemindahan anak cambah dari tapak semaian ke dalam pasu/tanah lazimnya berlaku tanpa kerosakan terhadap akar anak cambah. 

5 Ciri Asas Tanah untuk Perkebunan (Dikemaskini 6/11/18)

" ... tanah menjadi gelap hasil dari proses pereputan bahan-bahan organik " Tanah merupakan medium konvensional dalam dunia perkebunan dan ianya wujud dalam pelbagai tekstur serta warna. Kepelbagaian warna dan tekstur tanah Walaupun wujud variasi, ciri-ciri asas tanah yang baik untuk aktiviti perkebunan adalah; 1. Kaya dengan nutrien . 2. Mempunyai struktur yang sederhana; tidak terlalu padat atau terlalu peroi. 3. Mampu menyimpan air secukupnya. 4. Mengandungi sisa- sisa organik . 5. Mempunyai nilai pH yang bersesuaian. 5 ciri asas tanah untuk perkebunan Secara amnya, tanah yang berwarna gelap (coklat/hitam) dipercayai bagus untuk perkebunan kerana kebanyakan tanah yang berwarna gelap sememangnya kaya dengan nutrien; tanah menjadi gelap hasil dari proses pereputan bahan-bahan organik. Namun, ini tidak bermakna semua tanah yang berwarna gelap kaya dengan nutrien.