Langkau ke kandungan utama

OKU Tani: Adik Ammar

"...pentingnya memilih tanaman yang cepat tumbuh..."
Hari ini penulis melawat SAMH Wisma Harapan dan berkenalan dengan adik Ammar Muzakkir yang mempunyai 48,XXYY syndrome.

Kenapa?

Kerana penulis mendapat tahu bahawa adik Ammar ini bertani...sampai-sampai je,wahh 😲...segar-bugar daunnya.

Hasil tani Adik Ammar dengan menggunakan sistem hidroponiik
tajaan ibu-bapa beliau sendiri.
Bagaimana Adik Ammar Bertani?
Adik Ammar bercucuk tanam dengan menggunakan teknik hidroponik, sebuah teknik penanaman tanpa tanah dan menggunakan medium cocopeat dan baja cecair. Pembajaan dan semburan racun dilakukkan oleh penjaga adik Ammar, cikgu Mizi.

Artikel berkaitan:

Apakah Tanaman yang sesuai untuk OKU seperti Adik Ammar?
Menurut pada cikgu Mizi, tanaman yang cepat tumbuh seperti sawi, kangkung, bayam dan pelbagai lagi. 

Kenapa? 
Kerana mereka dapat melihat perkembangan tumbuhan ini pada kadar yang lebih cepat dan ini akan menambah minat mereka untuk bercucuk tanam.

Menuai hasil 😁

Segar hasilnya. Jauh lebih besar dari beli di pasaraya.

Kutipan hasil. Satu sekolah boleh makan 😋

Adik Ammar menunjukkan jualan air miliknya.

Berborak dengan adik Ammar sebelum balik.

Pandangan Penulis

Lawatan ini menambah ilmu yang baru untuk penulis iaitu pentingnya memilih tanaman yang cepat tumbuh untuk OKU seperti Adik Ammar yang mempunyai 48,XXYY sindrom. Ini menambah kepercayaan penulis bahawa warga OKU sememangnya boleh bertani, asalkan berjumpa dengan kaedah dan tanaman yang sesuai.

Artikel berkaitan:

Penulis turut berasa kagum atas kesungguhan ibu-bapa Adik Ammar dalam membantu pendidikan beliau. Ini sekaligus mengingatkan penulis akan pentingnya peranan ibu-bapa dalam mendidik anak kerana selain berkebun, Adik Ammar juga merupakan wakil untuk pertandingan bowling dan mempunyai kemahiran membuat kek dan kuih (bakery).

Sekian, sehingga berjumpa pada penulisan akan datang 😉.

p/s: Sekiranya terdapat salah dan silap bahasa atau penggunaan perkataan, usah ragu untuk menghubungi penulis disini atau di mukabuku Laman Lily.

Ulasan

Panduan Popular

9 Resepi untuk Racun Serangga dan Racun Kulat

Melayu/ English " Semburan bawang putih, semburan cili dan semburan minyak neem sesuai digunakan sebagai langkah pencegahan manakala semburan daun tomato, semburan soda penaik, semburan minyak, semburan sabun, semburan minyak neem dan tanah diatom sesuai untuk melawan serangan " Racun serangga sepatutnya membantu para pekebun; namun terdapat racun serangga yang memudharatkan kesihatan para pekebun. Disini, penulis ingin kongsikan cara-cara membuat racun serangga dan racun kulat sendiri. Racun-racun ini dilaporkan berkesan untuk menangani masalah serangan serangga dan kulat namun ianya selamat digunakan oleh para pekebun. Gambar : Racun serangga penulis.  Cara membuatnya, rujuk no. 9) Sebelum itu, sila baca peringatan berikut; Peringatan #1 : Sebelum menggunakan mana-mana semburan, dianjurkan untuk  uji-semburan  ( test-spray ) pada daun dengan jumlah yang sedikit. Sekiranya tiada apa-apa perubahan pada warna dan bentuk daun dalam 1-2 h...