Langkau ke kandungan utama

4 Punca Kenapa Daun Rosemary Bertukar kepada Warna Coklat

"Memang ada sesetengah tanaman, daunnya bertukar menjadi warna coklat akibat kekurangan air, tetapi sebaliknya yang berlaku pada Rosemary"

Penulis memiliki sepohon Rosemary yang dibeli dari nursery; kebelakangan ini penulis perhatikan banyak daun Rosemary bertukar menjadi warna coklat...😩.

Hujung daun Rosemary bertukar menjadi warna coklat

Kenapa?

Ada beberapa faktor yang lazimnya menjadi punca kepada perubahan warna daun Rosemary:
  1. Keamatan Cahaya (Light Intensity).
  2. Pengairan.
  3. Serangga.
  4. Penyakit tanaman.

1. Perubahan Keamatan Cahaya

Warna pada daun Rosemary boleh berubah apabila ia dipindahkan dari dalam rumah (yang kurang pencahayaan) ke luar rumah yang menerima cahaya matahari penuh. Sebaiknya lakukan perubahan lokasi secara berkala i.e. dari kawasan yang kurang menerima cahaya matahari → separa cahaya matahari → cahaya matahari penuh.

2. Pengairan

Tanaman Rosemary berasal dari kawasan Mediterranean dimana sumber air adalah lebih terhad berbanding dengan cuaca di Malaysia. Lantaran, tanaman Rosemary lebih menyukai tanah yang lebih kering. Tanah yang sentiasa lembap menyebabkan akar tanaman Rosemary mudah mereput, lalu air yang diserap berkurangan menjadikan daun Rosemary kekeringan dan bertukar menjadi warna coklat.

3. Serangan Serangga

Tanaman Rosemary mudah menerima serangan dari serangga seperti aphids dan whiteflies; serangga ini menghisap cecair tumbuhan (sap). Pada bilangan yang kecil, kewujudan serangga tidak membahayakan namun mereka memudharatkan dalam bilangan yang banyak. Selain dari penggunaan racun serangga, pengawalan rumpai di kawasan persekitaran adalah penting kerana rumpai boleh menjadi perumah pengganti (alternate host) kepada serangga ini.

4. Serangan Penyakit

Tanaman Rosemary rentan pada reput sekiranya terdedah pada air yang banyak dalam suatu tempoh yang lama. Selain daripada itu, tanaman yang terlalu padat mengurangkan pengudaraan disekeliling daun, menyebabkan tanaman mudah menerima serangan kulat powdery mildew. Sebaiknya tanam Rosemary di kawasan yang menerima cahaya matahari penuh dan mempunyai pengudaraan yang baik.

Penyelesaian Masalah

Oooo...rasanya punca tanaman Rosemary penulis adalah masalah terlebih siram 😣. Maka penulis membuat keputusan untuk mengubah isi kandungan dalam pasu Rosemary.

Rosemary dalam pasu asal

Rosemary yang telah dikeluarkan daripada pasunya 

Menyediakan tanah baru. Sebenarnya tanah dari pasu asal Rosemary 
masih elok, maka ianya digunakan semula, hanya membanyakkan perlite
untuk menjadikan tanah lebih poros dan air mudah keluar.

Rosemary dalam pasu baru.

Harap-harap tanaman Rosemary ini tumbuh dengan suburnya didalam pasu baru 😊.

Rujukan

Ulasan

Panduan Popular

9 Resepi untuk Racun Serangga dan Racun Kulat

Melayu/ English " Semburan bawang putih, semburan cili dan semburan minyak neem sesuai digunakan sebagai langkah pencegahan manakala semburan daun tomato, semburan soda penaik, semburan minyak, semburan sabun, semburan minyak neem dan tanah diatom sesuai untuk melawan serangan " Racun serangga sepatutnya membantu para pekebun; namun terdapat racun serangga yang memudharatkan kesihatan para pekebun. Disini, penulis ingin kongsikan cara-cara membuat racun serangga dan racun kulat sendiri. Racun-racun ini dilaporkan berkesan untuk menangani masalah serangan serangga dan kulat namun ianya selamat digunakan oleh para pekebun. Gambar : Racun serangga penulis.  Cara membuatnya, rujuk no. 9) Sebelum itu, sila baca peringatan berikut; Peringatan #1 : Sebelum menggunakan mana-mana semburan, dianjurkan untuk  uji-semburan  ( test-spray ) pada daun dengan jumlah yang sedikit. Sekiranya tiada apa-apa perubahan pada warna dan bentuk daun dalam 1-2 h...