Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari 2019

Floria Diraja Putrajaya 2019

Floria Diraja Putrajaya kembali pada tahun 2019 dengan tema "Orkid dan Bonsai" di Taman Botani Putrajaya.

OKU Tani: Adik Ammar

"... pentingnya memilih tanaman yang cepat tumbuh ... " Hari ini penulis melawat SAMH Wisma Harapan dan berkenalan dengan adik Ammar Muzakkir yang mempunyai 48,XXYY syndrome . Kenapa? Kerana penulis mendapat tahu bahawa adik Ammar ini bertani...sampai-sampai je,wahh 😲...segar-bugar daunnya. Hasil tani Adik Ammar dengan menggunakan sistem hidroponiik tajaan ibu-bapa beliau sendiri.

4 Punca Kenapa Daun Rosemary Bertukar kepada Warna Coklat

" Memang ada sesetengah tanaman, daunnya bertukar menjadi warna coklat akibat kekurangan air, tetapi sebaliknya yang berlaku pada Rosemary " Penulis memiliki sepohon Rosemary yang dibeli dari nursery ; kebelakangan ini penulis perhatikan banyak daun Rosemary bertukar menjadi warna coklat...😩. Hujung daun Rosemary bertukar menjadi warna coklat Kenapa? Ada beberapa faktor yang lazimnya menjadi punca kepada perubahan warna daun Rosemary : Keamatan Cahaya ( Light Intensity ). Pengairan. Serangga. Penyakit tanaman.

Tut Pelenturan

Tut pelenturan merujuk kepada teknik pembiakan tumbuhan dimana bahagian batang tumbuhan yang terdapat di atas tanah membentuk akar baru tanpa berpisah dari tumbuhan induk. Proses ini boleh berlaku secara alami atau dengan bantuan hormon penggalak akar. Akar baru mungkin mengambil masa beberapa hari, minggu, bulan mahupun tahun untuk terbentuk dengan baiknya, bergantung pada spesies tumbuhan. Bahagian batang yang telah berakar kemudian boleh dipisahkan dari tumbuhan induk menjadi tumbuhan yang baru.

Pokok Layu Akibat Cuaca Panas

Pemerhatian : Daun anak pokok tin dan ulam raja menunjukkan tanda mulai layu. Hipotesis : Lazimnya, kelayuan pada daun pokok menandakan ketidakcukupan air pada tumbuhan.  Pemeriksaan : Penulis menyentuh pada permukaan tanah: lembap. Kesimpulan Awal : Sumber air dalam tanah adalah mencukupi untuk pokok.

Pembentukan Akar pada Keratan Batang

Melayu/ English Penulis telah mencuba menumbuhkan  keratan ara/tin  tiga kali: percubaan kali pertama memberikan hasil seratus peratus (2/2 keratan) manakala percubaan kali kedua dan ketiga memberikan hasil kurang daripada lima puluh peratus. Kini, penulis sedang dalam percubaan kali keempat. Semasa percubaan kedua dan ketiga, penulis telah mencuba merendam keratan dalam pelbagai paras air; penulis perhatikan akar yang tumbuh menghampiri permukaan air. Garisan biru menandakan paras air. Perhatikan akar tumbuh menghampiri permukaan air. Sebuah kajian oleh Zimmerman (1930) menunjukkan pemerhatian yang sama, mengaitkan kepentingan oksigen dalam pembentukan akar pada keratan, dimana sesetengah spesies memerlukan lebih banyak oksigen berbanding dengan spesies yang lain. Oksigen penting untuk respirasi tumbuhan, proses yang menukar simpanan makanan dalam keratan kepada sumber tenaga yang diperlukan untuk pembentukan akar manakala kekurangan oksigen membawa kepada kematian

Root Development in Plant Cuttings

English/ Malay I have tried to grow fig cuttings three times: the first one was a hundred percent success (2/2 cuttings) whereas the second and the third times were less than fifty percent success, and now currently on the fourth attempt. During the second and third attempts, I varied with the water levels and noticed that roots that developed on the cuttings were clustered near the water surface. The blue line indicates water level. Note that the roots developed near the water surface. A study by Zimmerman (1930) showed similar observation, relating the importance of oxygen for root development in cuttings, albeit certain species requires more oxygen than others. Oxygen is needed for plant respiration, to convert food storage in the cuttings into energy needed for root development whereas deprived of oxygen led to cell decayed. Oxygen is deprived when the water is too deep. For this reason, it is recommended to change water everyday to maximize oxygen availabilit