Langkau ke kandungan utama

Floria Diraja Putrajaya 2019


Floria Diraja Putrajaya kembali pada tahun 2019 dengan tema "Orkid dan Bonsai" di Taman Botani Putrajaya.


Imej mungkin mengandungi: bunga, tumbuhan dan teks


Pameran tahun ini sedikit berbeza berbanding tahun lepas:
  • Tiket. Harga tiket pada tahun sememangnya lebih murah berbanding tahun lepas 
Imej mungkin mengandungi: teks
  • Meriah. (Maaf penganjur 😓) Harus diakui bahawa pameran bunga tahun ini agak kurang meriah berbanding tahun lepas. Tahun lepas, kawasan Anjung Floria penuh dengan pelbagai bunga yang berwarna-warni manakala pada tahun ini, pameran bunga agak jarak antara satu sama lain... 
  • Santai...namun ia mewujudkan suasana yang lebih santai dimana pengunjung berkeluarga boleh duduk berehat disamping berkenalan dengan pokok-pokok hutan hujan tropika.
Keindahan Taman Botani yang dikeliling pokok-pokok hutan hujan tropika

Penulis tertarik dengan pemandangan ini.
Bagi penulis, ianya sangat cantik 😍

Wajarkah pergi?

Sudah tentu 👍 kerana bunga-bunga orkidnya cantik-cantik belaka, begitu juga dengan pameran hiasan yang terdapat disana.

Pameran DBKL bagi penulis sangat cantik dan berwarna-warni 😍

Pameran yang sangat unik kerana bila nampak replika Batu Bersurat,
terus penulis teringat Terengganu 👍👍👍

Warna-warni bunga Orkid 😍

Jangan lupa bawa air, payung, pakai kasut yang selesa dan bawa stroller bagi ibu-bapa yang mempunyai anak kecil.

Tangga ke kawasan atas...


...rasanya ada lagi pameran di kawasan atas Taman Botani, tetapi penulis buat kesilapan; penulis ingat pameran ini di Anjung Floria, maka penulis naik Grab ke sana...dan menapak dari Anjung Floria ke Taman Botani 😭...disebabkan Hari Merdeka, banyak jalan tutup, maka bila sampai sahaja Taman Botani, dah tak larat nak jelajah keseluruhan kawasan.

Ini yang diminati pekebun-pekebun di Malaysia....bazaaaaar !!!!






Jomlah meriahkan Floria Diraja Putrajaya 2019...agak-agak apakah tema Floria Diraja Putrajaya tahun hadapan? 😊  

Keseluruhan gambar 

Gambar bunga

Gambar gerai 

Ulasan

Panduan Popular

Pokok Mulberry (Morus spp.)

Melayu/ English " ...pokok mulberry tidak cerewet " Pokok mulberry agak popular di Malaysia. Penulis mula berkenalan dengan pokok mulberry melalui sebuah kumpulan kebun yang terdapat di Muka Buku di mana, penulis membeli beberapa keratan mulberry untuk berkenalan dengan tanaman ini dengan lebih mendalam. Bagaimana Cara Menumbuhkan Keratan Mulberry? Keratan mulberry boleh ditumbuhkan menjadi pokok mulberry  dengan; Menanam keratan tersebut di dalam tanah, atau Meletakkannya ke dalam segelas air. Tukar air setiap hari sehingga daun baru terbentuk. Kemudian, tanam keratan tersebut ke dalam tanah.