Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari 2017

13 Cara Mengatasi Masalah Siput pada Tanaman

Tanggal 31 Oktober, saya meletakkan anak-anak cambah pokok bunga matahari di tepi koridor yang terkena cahaya matahari supaya mereka boleh membesar, namun pada 4 November, saya dapati terdapat beberapa yang hilang hinggalah pada 7 November dimana kesemua anak pokok bunga matahari saya habis dimakan oleh siput babi 😭. Gambar atas : anak-anak cambah pokok bunga matahari. Gambar bawah : anak-anak cambah habis dimakan oleh siput babi Walaupun binatang ini bergerak lambat, tapi kesan kerosakan dia boleh tahan juga.  Dah lah pokok kena makan, siap tinggalkan 'hadiah' pula tu 😠 Saya percaya, bukan saya seorang sahaja yang menangis (dalam hati) apabila melihat tanaman kesayangan kita lenyap dimakan oleh siput babi. Maka dengan azam baru, saya ingin melengkapi diri dengan ilmu cara-cara mengatasi masalah siput babi dan ulat supaya pokok bunga matahari saya boleh bercambah dan tumbuh dengan jayanya.

9 Manfaat Leca Ball untuk Aktiviti Perkebunan

" ...penggunaan leca ball  menjadikan pasu ringan sekaligus memudahkan aktiviti berkebun dalam pasu " Gambar atas, kiri : Gambaran bungkusan  leca ball  yang terdapat di pasaran. Gambar atas, kanan : diantara manfaat leca ball . Gambar bawah : maklumat am  leca ball . Leca  merupakan akronim kepada " Lightweight Expanded Clay Aggregate " dan ianya merujuk kepada ciri-ciri leca ball  iaitu; Diperbuat daripada tanah liat yang di kembang kan dan, Ianya adalah ringan . 

Menangani Pemanasan Global melalui Perkebunan

Saya pernah dengar seorang penceramah berkata “sia-sia je tanam bunga, baik tanam sayur, boleh makan”.  Tersentap saya. ‘Betapa dangkalnya pendapat itu’, terlintas di fikiran saya. Tahukah anda, dengan menanam tumbuhan, secara tidak langsung kita membantu menangani masalah pemanasan dunia? Tumbuh-tumbuhan mempunyai ciri yang unik - ia mempunyai kebolehan untuk mengambil karbon dioksida dari atmosfera yang berbentuk tidak organik dan menukarkannya kepada organik karbon yang menjadi sumber karbohidrat kepada kita semua. Gambar : Peranan tumbuhan dalam pemencilan karbon dari atmosfera. Sumber gambar : Rodale Institute . Selain daripada itu, sedikit karbon dioksida yang diambil dari atmosfera akan dilepaskan melalui akar kedalam tanah; ini dipanggil ‘cecair karbon’ ( liquid carbon ). Cecair karbon dilepaskan kedalam tanah melalui akar penting untuk kulat yang berada di akar tumbuhan yang dinamakan mychorrizae . Kulat ini bukannya kulat yang mendatangkan penyakit s

15 Manfaat Zeolite untuk Perkebunan Mampan

" Zeolite mempunyai struktur yang unik, seperti sangkar dimana ianya boleh memerangkap air atau nutrien " Gambar bungkusan zeolite serta bagaimana rupa bentuk zeolite.

Elakkan Semut dengan Serbuk Kayu Manis

Kewujudan semut di kebun boleh menjadi manfaat, dan boleh mendatangkan masalah kepada tanaman. Semut memanfaatkan tanaman dengan membina ruang pengudaraan dalam tanah yang sangat memanfaatkan tumbuhan kerana ianya membantu sistem saliran dalam tanah sekaligus mengelakkan air bertakung yang boleh membawa kepada pereputan akar. Semut juga membawa sisa-sisa organik kedalam tanah yang memanfaatkan tumbuhan secara tidak langsung. Sisa-sisa organik ini akan didegradasi lalu terurai dan membekalkan nutrien kepada tanah untuk dimanfaatkan oleh tumbuhan. Selain daripada itu, semut juga boleh menjadi tanda bahawa tanaman kita diserang serangga. Serangga seperti aphids dan mealybugs (koya) akan membebaskan cecair tumbuhan ( honeydew sap ) yang merupakan kegemaran semut. Disebabkan hal ini jugalah, adakalanya semut membantu serangga seperti aphids yang boleh mendatangkan mudharat kepada tumbuhan. Terdapat pelbagai cara yang boleh digunakan untuk membunuh atau mencegah kehad

Perkebunan dan Kemampanan

“... pembangunan secara mampan adalah pembangunan yang memenuhi keperluan masa kini tanpa menjejaskan keperluan generasi akan datang” Kemampanan ( sustainability ) merupakan isu yang penting pada masa kini kerana ianya mencorak keadaan dunia yang kita wariskan kepada generasi akan datang. Didalam membincangkan isu-isu kemampanan, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah menyenaraikan 17 matlamat yang perlu dicapai untuk mencapai kemampanan. Gambar:  17 matlamat untuk mencapai pembangunan secara mampan. 6 daripada 17 matlamat ini berkait-rapat dengan perkebunan;

Asam Jawa

Bagi peminat asam pedas, asam jawa bukanlah sesuatu yang asing, ia merupakan bahan asas untuk memasak asam pedas. Biji asam jawa sebenarnya boleh ditanam. Tak caya? Ini buktinya... Gambar: Anak pokok asam jawa yang bercambah dari biji asam jawa. Anak pokok ini berusia kira-kira 8 hari. Gambar : Dedaun anak pokok mula keluar dari benih asas. Unikkan? Daun anak pokok lain lazimnya 2 helai sahaja tetapi banyak bagi anak pokok asam jawa. Rupa-rupanya, pokok asam jawa boleh ditanam didalam pasu besar, tumbuh ala-ala pohon bonsai . Hmmm...ianya suatu idea yang menarik. Selain daripada itu, pokok asam jawa juga rintang kepada sedikit garam. Sedikit sahaja ye. Ini menjadikan pokok asam jawa sesuai ditanam berhampiran kawasan laut.  Sebelum kita berkenalan dengan pokok asam jawa ini, mari kita ketahui manfaat buah asam jawa ini.