Langkau ke kandungan utama

Asam Jawa

Bagi peminat asam pedas, asam jawa bukanlah sesuatu yang asing, ia merupakan bahan asas untuk memasak asam pedas.

Biji asam jawa sebenarnya boleh ditanam. Tak caya? Ini buktinya...

Gambar: Anak pokok asam jawa yang bercambah dari biji asam jawa.
Anak pokok ini berusia kira-kira 8 hari.

Gambar: Dedaun anak pokok mula keluar dari benih asas. Unikkan?
Daun anak pokok lain lazimnya 2 helai sahaja tetapi banyak bagi anak pokok asam jawa.

Rupa-rupanya, pokok asam jawa boleh ditanam didalam pasu besar, tumbuh ala-ala pohon bonsai. Hmmm...ianya suatu idea yang menarik.


Selain daripada itu, pokok asam jawa juga rintang kepada sedikit garam. Sedikit sahaja ye. Ini menjadikan pokok asam jawa sesuai ditanam berhampiran kawasan laut. 

Sebelum kita berkenalan dengan pokok asam jawa ini, mari kita ketahui manfaat buah asam jawa ini.

Manfaat Buah Asam Jawa

Isi buah asam jawa mengandungi kira-kira 70% karbohidrat, 3% protein, kurang 1% lemak, serat serta 8-10% asid tartarik. Asid tartarik inilah yang memberikan rasa masam kepada asam jawa.

Dari sudut nutrisi, setiap 100 gram asam jawa mengandungi 36% thiamin, 35% zat besi, 23% magnesium, dan 16% fosforus daripada jumlah yang disyorkan untuk pemakanan seharian. Selain daripada itu, asam jawa juga mengandungi niasin, kalsium, vitamin B, C dan E, kalsium, potassium dan mangan.

Ini menjadikan asam jawa sesuai sebagai anti-oksida dan anti-keradangan (anti-inflammation) lalu memanfaatkan kesihatan kita.

Sumber gambar: Organic Facts.

Merujuk kepada Organic Facts, buah asam jawa;
  1. Membantu penghadaman. Kandungan serat didalamnya melancarkan sistem penghadaman. Selain daripada itu, ianya juga boleh digunakan untuk merawat cirit-birit. Bagusnya =D.
  2. Kesihatan jantung. Serat membantu mengurangkan kolesterol “jahat”, potassium mengurangkan tekanan darah,  vitamin C sebagai anti-oksida, zat besi untuk pembentukan sel darah merah, 
  3. Menguatkan sistem saraf. Kandung thiamine (vitamin B) yang tinggi dalam asam jawa bagus untuk rangsangan urat saraf.
  4. Mengawal berat badan. Asik hidroksikitrik (Hydroxycitric Acid) didalam asam jawa dikaitkan dengan kehilangan berat badan kerana ianya merencat enzim yang menggalakkan pembentukan sel lemak dalam badan.
  5. Mengawal diabetes. Sebatian organik dalam asam jawa mengurangkan penyerapan karbohidrat dalam badan.
  6. Mengurangkan sakit-sakit sendi dan goutDedaun dan bunga asam jawa adakalanya dikeringkan ataupun direbus, kemudian dituam pada bahagian yang terseliuh, bengkak, jerawat, buasir dan konjunktivitis.
  7. Menguatkan sistem imunisasi badan.

Pengenalan kepada Pokok Asam Jawa

Pokok ini asalnya dari Afrika, namun ianya tumbuh meliar di benua India. Pohon asam jawa juga terdapat di Asia Tenggara, Amerika Selatan, serta kawasan tropika di Australia dan Amerika Utara.

Pokok asam jawa merupakan tumbuhan legum (penting) dan ianya mempunyai proses tumbesaran yang lambat (slow-growing tree). Namun begitu, ia mampu tumbuh setinggi 25 meter dan setebal 7 meter (wow!). Malah, ia boleh hidup sehingga 300 tahun! (agak2, berapa generasi tu?).

Dedaun pokok asam jawa malar hijar (evergreen), berbentuk pinnate, panjangnya sehingga 15 cm dan mempunyai 10-12 pasang daun kecil. Dedaun pokok asam jawa ini dikatakan agak seiras dengan pohon Acacia.

Bunga pohon asam jawa tumbuh sejambak, berwarna kuning bergaris merah. Serangga memainkan peranan penting dalam proses pendebungaan pohon asam jawa.

Buah asam jawa dalam bentuk pod, sedikit bengkok, mempunyai kepanjangan anggaran 10-15 cm dan berwarna coklat. Didalamnya setiap pod mengandungi kira-kira 4-12 biji yang diselaputi isi yang lembap dan lembut berwarna kuning kecoklatan. Rasanya masam-masam manis.

Buah asam jawa berasa masam kerana semasa proses kematangan (maturity), kandungan asid didalamnya tidak berkurangan sepertimana buah-buahan lain.

Cara Menumbuhkan Pokok Asam Jawa

Pokok asam jawa boleh ditumbuhkan melalui;
  • Biji benih
  • Cantuman (grafting)
  • Keratan (cutting)
  • Pelenturan di udara (air layering).
Biji benih pokok asam jawa boleh hidup berbulan-bulan lamanya.

Cara untuk menumbuhkan pohon asam jawa;
  1. Rendam biji benih semalaman.
  2. Tanam biji benih pada kedalaman 1/2 inci. Biji benih akan bercambah kira-kira 1-2 minggu kemudian (benih saya bercambah dalam tempoh seminggu).
  3. Pohon asam jawa yang ditanam daripada biji benih hanya akan berbuah setelah 6-7 tahun (it’s ok), manakala pohon yang tumbuh dari keratan akan berbuah dengan lebih cepat.
Cara untuk menanam pohon asam jawa;
  1. Gali lubang pada keluasan 2 kali ganda saiz akar.
  2. Keluarkan anak pokok sebaik mungkin dari bekasnya.
  3. Potong mana-mana bahagian akar yang rosak atau akar mati dengan gunting kebun yang bersih dan tajam.
  4. Letakkan anak pokok didalam lubang, isikan lubang dengan tanah. Pastikan batang pokok berada di atas permukaan tanah.
  5. Padatkan tanah di sekitar anak pokok dan siram dengan air secara menyeluruh.
  6. Bagi pekebun komersial, jarak antara pokok adalah 5-15 meter, bergantung pada jenis pokok supaya pokok boleh tumbuh dengan baiknya.

Penjagaan Pokok Asam Jawa

Pohon asam jawa suka pada cuaca tropikal dan sub-tropikal yang kering dan berangin. Tanaman in kurang menggemari cuaca sejuk; anak pokok alah pada cuaca sejuk manakala pokok dewasa boleh tahan sehingga suhu -2 darjah Celcius.

Pokok asam jawa boleh ditanam di kawasan temperat, namun hasilnya akan sedikit terjejas. Sekiranya anda duduk di kawasan bermusim, pokok asam jawa sebaik-baiknya ditanam didalam rumah atau rumah hijau (greenhouse) pada musim sejuk.

Kawasan yang paling bernas untuk menumbuhkan pokok asam jawa adalah di kawasan yang mempunyai cahaya matahari penuh (full sun) dan panas (heat) kerana ianya penting untuk pembungaan serta pembentukan buah.

Pokok asam jawa sukakan tanah loam (campuran pasir, silt dan tanah liat) yang mempunyai sistem pengairan yang baik. Kandungan pH tanah tidak begitu penting kerana ianya boleh tumbuh pada julat yang besar, pH dari 4.5-9.0.
Siram banyak tetapi tidak perlu kerap...”
Siraman pada pokok asam jawa dilakukan apabila permukaan tanahnya kering; siram banyak untuk sekali siraman, tetapi tidak perlu kerap dan elakkan bertakung. Kelebihan pokok asam jawa ialah ianya rintang dalam keadaan kurang air tanpa mengalami kesan buruk.

Baja yang rendah nilah NPK (cth: 6:6:3) boleh dibekalkan pada anak pokok 2-3 bulan sekali manakala pokok dewasa tidak memerlukan baja. Namun begitu, boleh juga diletakkan baja (8:3:9) sekali-sekala sebagai booster

Pembajaan boleh digantikan dengan meletakkan kompos yang telah matang sebagai sumber nutrient. Selain daripada itu, meletakkan sungkupan (mulch) setebal 4-5 inci disekeliling pokok amatlah digalakkan.

Pemangkasan (pruning) adalah perlu untuk mengawal pertumbuhan serta estetik pokok. Buang bahagian yang rosak atau reput daripada pokok asam jawa.

Pohon asam jawa agak rentan terhadap serangan serangga seperti scales, mealy bugs, aphids dan fruit borers. Ia juga serta rentan terhadap penyakit root rot, sooty mold dan leaf spot.

Penggunaan Asam Jawa

  • Memasak
  • Jam
  • Jus untuk menyejukkan badan (petua tradisi)
  • Makanan ringan
  • Ubat-ubatan tradisional

Kesimpulan Penulis

Pokok asam jawa ini sejujurnya banyak potensi manfaat yang sangat menarik; boleh ditanam di tepi pantai, di kawasan kering, hidup lama, bagus untuk tanah kerana ianya merupakan pokok legum disamping potensinya yang tinggi sebagai sumber alam untuk kesihatan. 

Peringatan!

Buah asam jawa mampu merendahkan tekanan darah serta mencairkan darah (blood thinner), maka berhati-hatilah.


Sumber rujukan

Ulasan

Panduan Popular

Ketumbar Jawa (Eryngium foetidum)

Sudah lama penulis membaca perkongsian rakan-rakan lelaman Facebok tentang tanaman ketumbar jawa. Awal januari lalu, semasa membeli-belah di pasar tani 😉, penulis ternampak pokok ketumbar jawa yang dijual, tanpa berfikir panjang 😝, penulis pun membelilah (jangan tanya harga, dah lupa 😁). Pokok ketumbar jawa penulis sudah berbunga. Ketumbar Jawa, atau nama saintifiknya Eryngium foetidum  merupakan tanaman herba tropikal yang bersifat perennial i.e. mempunyai jangka hayat yang lama. Namun begitu, ia boleh menjadi tanaman  annual  i.e. mempunyai jangka hayat kurang atau besamaan dengan 1 tahun sekiranya ia menerima pancaran cahaya matahari yang menyebabkan proses bolting  (penjelasan lanjut dibawah). Tanaman ini berasal dari Mexico dan Amerika Selatan namun pada hari ini, ia telah ditanam secara meluas, termasuk Malaysia. Nama ketumbar jawa ( culantro ) adakalanya dikelirukan dengan daun ketumbar ( cilantro , juga dikenali dengan nama coriander . Dari istilah culinary  i.e.