Langkau ke kandungan utama

Catatan

Floria Diraja Putrajaya 2019

Floria Diraja Putrajaya kembali pada tahun 2019 dengan tema "Orkid dan Bonsai" di Taman Botani Putrajaya.

OKU Tani: Adik Ammar

"... pentingnya memilih tanaman yang cepat tumbuh ... " Hari ini penulis melawat SAMH Wisma Harapan dan berkenalan dengan adik Ammar Muzakkir yang mempunyai 48,XXYY syndrome . Kenapa? Kerana penulis mendapat tahu bahawa adik Ammar ini bertani...sampai-sampai je,wahh 😲...segar-bugar daunnya. Hasil tani Adik Ammar dengan menggunakan sistem hidroponiik tajaan ibu-bapa beliau sendiri.

4 Punca Kenapa Daun Rosemary Bertukar kepada Warna Coklat

" Memang ada sesetengah tanaman, daunnya bertukar menjadi warna coklat akibat kekurangan air, tetapi sebaliknya yang berlaku pada Rosemary " Penulis memiliki sepohon Rosemary yang dibeli dari nursery ; kebelakangan ini penulis perhatikan banyak daun Rosemary bertukar menjadi warna coklat...😩. Hujung daun Rosemary bertukar menjadi warna coklat Kenapa? Ada beberapa faktor yang lazimnya menjadi punca kepada perubahan warna daun Rosemary : Keamatan Cahaya ( Light Intensity ). Pengairan. Serangga. Penyakit tanaman.

Tut Pelenturan

Tut pelenturan merujuk kepada teknik pembiakan tumbuhan dimana bahagian batang tumbuhan yang terdapat di atas tanah membentuk akar baru tanpa berpisah dari tumbuhan induk. Proses ini boleh berlaku secara alami atau dengan bantuan hormon penggalak akar. Akar baru mungkin mengambil masa beberapa hari, minggu, bulan mahupun tahun untuk terbentuk dengan baiknya, bergantung pada spesies tumbuhan. Bahagian batang yang telah berakar kemudian boleh dipisahkan dari tumbuhan induk menjadi tumbuhan yang baru.

Pokok Layu Akibat Cuaca Panas

Pemerhatian : Daun anak pokok tin dan ulam raja menunjukkan tanda mulai layu. Hipotesis : Lazimnya, kelayuan pada daun pokok menandakan ketidakcukupan air pada tumbuhan.  Pemeriksaan : Penulis menyentuh pada permukaan tanah: lembap. Kesimpulan Awal : Sumber air dalam tanah adalah mencukupi untuk pokok.