Langkau ke kandungan utama

Catatan

Pakej Mencambah (Seedling Package)

Berikutan peristiwa damping off , terfikir bagaimana hendak menumbuhkan anak cambah yang kuat. Seeloknya, akar pokok tidak terganggu kerana ada sesetengah pokok terlebih sensitif sekiranya akar mereka terganggu. Artikel berkaitan : Penyakit Damping Off: Punca Kematian Tanaman . Pilihan pertama adalah menggunakan seed starter pot kerana ianya boleh ditanam terus kedalam tanah, maka tidak mengusik akar langsung. Namun semasa berjalan-jalan di Ace Hardware , ternampak produk untuk mencambah biji benih ( seedling package ). Harga dalam RM 10 untuk 10 pasu mencambah + peat moss sebagai medium percambahan. Pakej untuk mencambah biji benih.

Carnation

Bunga carnation agak mudah untuk ditumbuhan disamping menceriakan laman anda melalui kepelbagaian warnanya yang indah. Carnation juga wujud dalam bentuk annual , biennial atau perennial , bergantung pada jenis hybrid . Bunga carnation  agak versatile ; ia boleh ditanam di dalam tanah ( flowerbeds , borders , atau rock gardens ) ataupun didalam bekas. Tanaman ini tumbuh pada ketinggian 18-24 inci (45-60 cm) serta mengeluarkan bau. Bunga carnation boleh ditumbuhkan melalui percambahan biji benih atau melalui keratan batang (2). Tips Penanaman Carnation Penyediaan tanah . Bunga carnation tumbuh baik dalam keadaan tanah yang sedikit beralkali serta mempunyai sistem saliran yang baik. Cahaya matahari . Carnation memerlukan cahaya matahari sekurang-kurangnya 4-5 jam sehari. Pengudaraan . Menanam carnation  di kawasan yang mempunyai sistem pengudaraan yang baik membantu menggalakkan pertumbuhan carnation kerana adalah penting untuk memastikan daun carnation ...

Penanaman di Kawasan Tropika: Musim Hujan

" Tumbuhan yang  stress  akan merembeskan bahan kimia yang menarik perhatian serangga perosak " Di kawasan  temperate (4 musim), aktiviti pertanian lazimnya dilakukan pada awal musim bunga dan berakhir pada musim luruh dimana para pekebun dinasihatkan untuk peka terhadap cuaca sejuk yang boleh mematikan atau merencat pertumbuhan tanaman. Manakala di kawasan tropika, seperti di Malaysia, aktiviti pertanian boleh dijalankan sepanjang tahun kerana kita tidak perlu risau pada cuaca sejuk: cuaca disini secara amnya adalah hujan dan panas sepanjang tahun. Namun, ekoran dari pemerhatian  damping off terhadap bunga matahari saya, saya mula menyemak balik paradigma ini: benarkah boleh menanam sepanjang tahun? Hujan dan Kadar Kelembapan Udara + Tanah Hujan menambah kadar kelembapan udara serta kandungan air dalam tanah . Ini boleh dilihat dari sudut positif dan negatif. Positif   Mengurangkan kadar penggunaan air.  Meredupkan cuaca. ...

Zinnia

Zinnia merupakan tanaman annual  i.e. ianya tumbuh serta menghasilkan bunga dalam tempoh setahun sahaja. Menanam Zinnia  amatlah dianjurkan bagi pekebun baru kerana ianya mudah ditumbuhkan dan dijaga. Pokok ini mengambil masa 60-70 hari untuk berbunga dan tumbuh pada ketinggian 6-8 inci (15-20 cm) bagi varieti rendah ataupun 12-18 inci (30-46 cm) bagi varieti tinggi. Kepelbagaian warna pada bunga  Zinnia menarik perhatian rama-rama. Rama-rama merupakan serangga bermanfaat untuk tumbuhan kerana ia membantu proses pendebungaan namun anak rama-rama i.e. ulat beluncas lazimnya dianggap sebagai serangga perosak. Tanaman Zinnia yang dewasa/matang boleh tumbuh pada keadaan yang kurang air ( drought-resistance ). Tips Penanaman Zinnia Cahaya matahari . Memerlukan sinaran matahari penuh. Penyediaan tanah . Tanah mestilah mempunyai sistem saliran yang baik serta kaya dengan sisa organik. Tanah yang kekurangan sumber organik dianjurkan untuk menambah kompos ata...

Penyakit Damping Off: Punca Kematian Tanaman

Damping off merujuk pada penyakit yang terkena pada anak cambah disebabkan oleh kulat atau organisma-seperti-kulat seperti  Pythium , Phytophthora , Rhizoctonia dan Fusarium . Mikro-organisma ini mereputkan bahagian batang dan akar yang terdapat didalam tanah menyebabkan anak cambah rebah dan mereput . Damping off jarang memberikan kesan negatif kepada tumbuhan tua/matang/telah besar kerana pada fasa pertumbuhan ini, tumbuhan telah mengalami pertumbuhan sekunder pada bahagian batang yang boleh menghalang kulat dari menyerang. Diantara punca penyebab penyakit damping off  adalah: Kadar kelembapan yang tinggi (seperti di Malaysia, terutamanya musim hujan). Kadar pengudaraan yang tidak seberapa baik. Banyak benih dicambah pada satu bekas yang sama (ooops).