Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2018

Anak-Anak Pokok Menarik dari Jabatan Pertanian Ayer Hitam

"Seronoknye kalau ada pokok durian sendiri, tak payah beli buah durian, dah la mahal 💸" (Di Kelana Jaya, durian dijual RM20 untuk 6-7 ulas 😭).  Saya percaya, ramai yang berfikiran begitu. Bukan sahaja pokok durian, tetapi buah-buahan lain seperti nangka, cempedak, ciku, manggis...😋 Namun, kebanyakan tanaman ini mengambil masa yang lama untuk berbuah terutama bila ditumbuhkan dari biji benih. Maka, salah satu penyelesaiannya adalah dengan membeli anak pokok kerana ia sememangnya menjimatkan masa. Tetapi, dimanakah boleh mendapatkan anak-anak pokok tersebut? Kebetulan saya berkenalan dengan Puan Hasimah dari Institut Pertanian Ayer Hitam, Jabatan Pertanian Malaysia dan beliau memberikan beberapa jenis tanaman yang terdapat di sana;

3 Manfaat Memangkas untuk Tanaman

Aktiviti memangkas boleh dikatakan kurang mendapat perhatian berbanding dengan aktiviti-aktiviti perkebunan lain seperti membaja dan meracun, mungkin kerana aktiviti membaja dan meracun memberi kesan secara langsung terhadap produktiviti tanaman. Sebenarnya, memangkas daun pada tanaman dan waktu yang sesuai boleh menambah produktiviti tanaman, bahkan berpotensi untuk mengurangkan keperluan meracun.

Kacang Buncis (Phaseolus vulgaris)

Kacang buncis merupakan satu contoh sayur-sayuran yang amat mudah dimasak; potong bawang, tumis, letak kacang, letak telur, dah siap 😋. Bukan itu sahaja, kacang buncis juga berkhasiat! Khasiat pemakanan kacang buncis. Sumber gambar :  Organic Facts .

5 Manfaat Biochar untuk Tanaman Anda

" Penggunaan biochar memngkayakan tanah dengan nutrien disamping membantu melawan proses pemanasan global " Biochar  merujuk kepada pembuatan arang (char-  charcoal  - arang) dari berat kering tumbuhan (bio-) yang dibakar secara pirolisis (tanpa oksigen). Proses ini menjadikan  biochar  kaya dengan  carbon  yang menjadi sumber makanan kepada mikro-organisma tanah, lalu membantu dalam pembiakan mikro-organisma dalam tanah dimana secara tidak langsung, mikro-organisma tanah ini mengkayakan tanah dengan sumber nutrien apabila mereka mati dan diuraikan. Gambar atas : maklumat am biochar. Gambar bawah, kiri : gambaran bungkusan biochar yang terdapat di pasaran. Gambar bawah, kanan : di antara kelebihan biochar.

12 Manfaat Pumice untuk Tanaman Anda

"... ciri unik batuan ini adalah strukturnya yang poros dan ringan " Pumice  merujuk kepada batuan yang terbentuk semasa letusan gunung berapi dan ciri unik batuan ini adalah strukturnya yang poros dan ringan. Walaupun secara amnya wujud dalam warna yang cerah, ia juga wujud dalam warna lain, contohnya warna coklat seperti gambar dibawah; Atas : Maklumat am  pumice  yang terdapat pada bungkusan. Bawah, kiri : Bungkusan  pumice  yang terdapat di pasaran. Bawah, tengah : Rupa bentuk  pumice . Bawah, kanan : Kelebihan  pumice .

Bangun-Bangun (Plectranthus amboinicus)

Semasa berhari raya, saya menziarahi jiran lama dan dihadiahi dengan pokok bangun-bangun. Pesannya "cucuk je dalam tanah, nanti tumbuhlah". Memang benar, tanaman ini bertahan sepanjang perjalanan pulang dari kampung dan tumbuh mencanak-canak pada musim hujan. Daun pokok bangun-bangun. Pokok bangun-bangun juga dikenali dengan nama Spanish thyme , Indian borage , Mexican mint dan Cuban oregano . Disebabkan ini adakalanya pokok bangun-bangun disalah anggap sebagai pokok oregano . Kesilapan ini kemungkinan berpunca kerana kedua-dua tanaman ini mempunyai bau yang sama, walaupun bau pada pokok bangun-bangun adalah lebih kuat (dan sedap baunya 👃) Gambar kiri, atas : Daun oregano . Gambar kanan, bawah : Daun bangun-bangun. Perhatikan perbezaan dari segi bahagian sisi, ketebalan dan corak urat daun.