Tanggal 31 Oktober, saya meletakkan anak-anak cambah pokok bunga matahari di tepi koridor yang terkena cahaya matahari supaya mereka boleh membesar, namun pada 4 November, saya dapati terdapat beberapa yang hilang hinggalah pada 7 November dimana kesemua anak pokok bunga matahari saya habis dimakan oleh siput babi ðŸ˜. Gambar atas : anak-anak cambah pokok bunga matahari. Gambar bawah : anak-anak cambah habis dimakan oleh siput babi Walaupun binatang ini bergerak lambat, tapi kesan kerosakan dia boleh tahan juga. Dah lah pokok kena makan, siap tinggalkan 'hadiah' pula tu 😠Saya percaya, bukan saya seorang sahaja yang menangis (dalam hati) apabila melihat tanaman kesayangan kita lenyap dimakan oleh siput babi. Maka dengan azam baru, saya ingin melengkapi diri dengan ilmu cara-cara mengatasi masalah siput babi dan ulat supaya pokok bunga matahari saya boleh bercambah dan tumbuh dengan jayanya.
Mencapai kemampanan melalui perkebunan