Bolehkah OKU Bertani? "Apa yang diperlukan adalah peluang, serta kaedah yang bersesuaian" Penulis pernah bertanya soalan ini kepada seorang rakan penulis yang buta. Jawapannya adalah, "Ya!" Penulis turut dimaklumkan bahawa orang buta di Malaysia dulu dilatih untuk bercucuk tanam. Sejujurnya, maklumat ini mengejutkan kerana penulis tidak dapat membayangkan bagaimana orang buta bercucuk-tanam...sebenarnya ada caranya, cuma perlu disesuaikan dengan orang buta. Contohnya adalah kisah En. Sanapi Hasyim . Kejayaan En. Sanapi membuktikan bahawa warga OKU boleh bercucuk-tanam; apa yang diperlukan adalah peluang, serta kaedah yang bersesuaian . Sebagai contoh, penulis pernah ber-ura-ura bahawa konsep ' Elevated Raised Bed ' sesuai untuk mereka yang berkerusi-roda. Namun begitu, istilah OKU sebenarnya agak luas kerana ia merangkumi; Amputasi ( Amputation ) Artritis ( Arthritis ) Kecederaan kepala ( Head injury ) Kecederaan otak ( Brain inju
Mencapai kemampanan melalui perkebunan