Langkau ke kandungan utama

Kebun Sekolah: Lawatan ke SMK Sultan Abdul Samad

Pada minggu lepas, penulis menziarahi SMK Abdul Samad untuk melihat kebun di sekolah tersebut.

Tarikan utama penulis 😄
Umum mengetahui bahawa tujuan utama penulis menulis adalah kerana minat penulis tentang aktiviti perkebunan di kalangan OKU.

Penulis sudah lama mendengar tentang PPKI - Program Pendidikan Khas Integrasi di Malaysia. Namun ini baru kali pertama penulis berpeluang untuk menziarahi sekolah yang mempunyai program ini.

Ini merupakan pemandangan pertama penulis tatkala melangkah masuk ke dalam SMK Sultan Abdul Samad

Kafe Kebun yang terdapat di SMK Sultan Abdul Samad. 
Kafe ini terletak bersebelahan gelanggang bola jaring/keranjang.

Tangga ke kantin sekolah yang dilukis dengan pemandangan air terjun.

Sekolah ini memiliki longkang besar yang sangat bersih 👍👍👍.
Tebing longkang juga amat kemas.

Pokok Akar Dani menghiasi pagar tepi kantin.
Pokok ini wangi 😊.

Pemandangan di bangunan pejabat.

Hiasan di tepi tangga bangunan.

Sudut pelajar yang dibina dari tayar kenderaan yang dikitar semula, dipayungi dengan tanaman menjalar.
Sudut pelajar yang dibina dari tayar kenderaan yang dikitar semula di kawasan redup.

Laluan pelajar dalam pembinaan.
Semasa penulis datang, ada pelajar bermain buaian ini.


Jom lihat tanaman yang terdapat di SMK Sultan Abdul Samad 👀

Pokok herba Mahkota Dewa


Limau...cuma tidak pasti limau apa.
Penulis lupa untuk bertanya.

Batas ini menarik 👀 penulis.

Bendi.

Terung.

Rimbunan Kesum, Bayam Brazil dan Sabung Nyawa.

Rasanya pokok ini tidak perlu diperkenalkan 😁.
Melihat pokok pisang ini, penulis tertanya samada pisang ini dijual di kantin sekolah atau tidak. Pisang merupakan snek berkhasiat untuk para pelajar, umumnya.

Stock straw *batuk-batuk* 😂

Ulam Sabung Nyawa batik.

Labu

Herba Misai Kucing

Maklumat tentang Aquaponic.

Semasa penulis dating pada hari berikutnya, ada guru memindahkan anak cambah sayur
ke dalam span untuk tanaman aquaponic.

Sayuran hijau yang ditumbuhkan melalui Teknik aquaponic.

Tanaman sukulen.

Durian Belanda.

Daun Sup.

Roselle.

Serangga menghurungi Roselle 😢.
Banyak kan? Penulis amat kagum akan kesungguhan para guru (terutamanya) dan para murid dalam membangunkan kebun didalam sekolah ini kerana penulis tahu betapa banyak keringat yang dicurahkan untuk membina kebun secantik ini.

Usaha membina kebun ini turut dibantu oleh Urban Farm Tech (Aquaponic) dan MPPJ (yeay 🎉🎉🎉) dimana MPPJ menyumbang tangka hujan ini:

Tangki hujan - penulis sangat berminat dengan rekaan tangka hujan ini

Pertemuan penulis dengan guru di sekolah tersebut harapnya adalah suatu permulaan yang baik. Penulis berharap tanaman di sekolah ini tumbuh dengan baiknya dan memanfaatkan penghuni SMK Sultan Abdul Samad 💖

Ulasan

Panduan Popular

9 Resepi untuk Racun Serangga dan Racun Kulat

Melayu/ English " Semburan bawang putih, semburan cili dan semburan minyak neem sesuai digunakan sebagai langkah pencegahan manakala semburan daun tomato, semburan soda penaik, semburan minyak, semburan sabun, semburan minyak neem dan tanah diatom sesuai untuk melawan serangan " Racun serangga sepatutnya membantu para pekebun; namun terdapat racun serangga yang memudharatkan kesihatan para pekebun. Disini, penulis ingin kongsikan cara-cara membuat racun serangga dan racun kulat sendiri. Racun-racun ini dilaporkan berkesan untuk menangani masalah serangan serangga dan kulat namun ianya selamat digunakan oleh para pekebun. Gambar : Racun serangga penulis.  Cara membuatnya, rujuk no. 9) Sebelum itu, sila baca peringatan berikut; Peringatan #1 : Sebelum menggunakan mana-mana semburan, dianjurkan untuk  uji-semburan  ( test-spray ) pada daun dengan jumlah yang sedikit. Sekiranya tiada apa-apa perubahan pada warna dan bentuk daun dalam 1-2 h...