Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari 2020

Bijak Kewangan Melalui Aktiviti Perkebunan

Penulisan ini merupakan pandangan peribadi penulis kaedah bijak kewangan melalui aktiviti perkebunan samada melalui penjimatan bahan dapur, ataupun menjana pendapatan sambilan berdasarkan pengalaman dan pengetahuan penulis yang tidak seberapa. Harapannya ialah ia dapat membantu rakyat Malaysia dalam mengharungi waktu yang sukar ini.  Contoh iklan perniagaan berasaskan tanaman. Kita menghadapi masa yang sukar akibat virus SARS-CoV-2 yang menyebabkan wabak COVID-19 di seluruh duna. Banyak perniagaan terjejas dan ramai pekerja diberhentikan. Kadar pengangguran dijangka meningkat. Pada waktu ni, apa yang perlu adalah bersederhana dalam berbelanja; berbelanja adalah perlu untuk menggalakkan pertumbuhan ekonomi tempatan namun elakkan berbelanja boros bagi mengelakkan masalah kewangan. Disamping itu, bercucuk-tanam berkebolehan mengurangkan beban perbelanjaan dapur disamping memberikan sumber yang bernutrisi. 

Kebun Sekolah: Lawatan ke SMK Sultan Abdul Samad

Pada minggu lepas, penulis menziarahi SMK Abdul Samad untuk melihat kebun di sekolah tersebut. Tarikan utama penulis 😄 Umum mengetahui bahawa tujuan utama penulis menulis adalah kerana minat penulis tentang aktiviti perkebunan di kalangan OKU .