Melayu/ English Penulis telah mencuba menumbuhkan keratan ara/tin tiga kali: percubaan kali pertama memberikan hasil seratus peratus (2/2 keratan) manakala percubaan kali kedua dan ketiga memberikan hasil kurang daripada lima puluh peratus. Kini, penulis sedang dalam percubaan kali keempat. Semasa percubaan kedua dan ketiga, penulis telah mencuba merendam keratan dalam pelbagai paras air; penulis perhatikan akar yang tumbuh menghampiri permukaan air. Garisan biru menandakan paras air. Perhatikan akar tumbuh menghampiri permukaan air. Sebuah kajian oleh Zimmerman (1930) menunjukkan pemerhatian yang sama, mengaitkan kepentingan oksigen dalam pembentukan akar pada keratan, dimana sesetengah spesies memerlukan lebih banyak oksigen berbanding dengan spesies yang lain. Oksigen penting untuk respirasi tumbuhan, proses yang menukar simpanan makanan dalam keratan kepada sumber tenaga yang diperlukan untuk pembentukan akar manakala kekurangan oksigen membawa kepada kematian
Mencapai kemampanan melalui perkebunan