Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2018

5 Cara Mengatasi Masalah Ulat Bulu pada Tanaman

Ulat bulu merupakan salah satu fasa pertumbuhan dalam kitaran hidup kupu-kupu dan rama-rama dimana kedua-dua kupu-kupu dan rama-rama merupakan agen pendebungaan yang penting untuk tanam-tanaman seperti tomato dan  peria katak . Namun begitu, kadangkala, kewujudan ulat bulu menjadi suatu cabaran kepada para pekebun kerana mereka merosakkan tanaman 😠.

Tanaman yang Mudah Ditanam

Diantara soalan-soalan lazim yang kerap ditanya; Sebenarnya, agak sukar untuk menjawab persoalan ini kerana tanaman yang mudah untuk ditanam berbeza bagi individu, musim dan kawasan yang berbeza. Sebagai contoh: tanaman cili boleh dianggap sedikit 'leceh' terutama dari sudut kawalan serangga, namun bagi mereka yang meminati cili. itu bukanlah sesuatu yang menyusahkan. Selain daripada itu, kawasan yang kerap mengalami hujan akan berhadapan dengan masalah yang berlainan berbanding dengan kawasan yang sentiasa kering. Maka, mereka yang duduk di kawasan lembap sangat senang menanam kangkung dan kesum berbanding mereka yang duduk di kawasan kering dan panas. Apa yang penulis senaraikan disini hanyalah tanaman yang secara umumnya mudah ditanam. Semoga ianya memanfaatkan para pembaca terutamanya para pembaca yang baru berjinak-jinak dalam dunia perkebunan.