Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2017

Asam Jawa

Bagi peminat asam pedas, asam jawa bukanlah sesuatu yang asing, ia merupakan bahan asas untuk memasak asam pedas. Biji asam jawa sebenarnya boleh ditanam. Tak caya? Ini buktinya... Gambar: Anak pokok asam jawa yang bercambah dari biji asam jawa. Anak pokok ini berusia kira-kira 8 hari. Gambar : Dedaun anak pokok mula keluar dari benih asas. Unikkan? Daun anak pokok lain lazimnya 2 helai sahaja tetapi banyak bagi anak pokok asam jawa. Rupa-rupanya, pokok asam jawa boleh ditanam didalam pasu besar, tumbuh ala-ala pohon bonsai . Hmmm...ianya suatu idea yang menarik. Selain daripada itu, pokok asam jawa juga rintang kepada sedikit garam. Sedikit sahaja ye. Ini menjadikan pokok asam jawa sesuai ditanam berhampiran kawasan laut.  Sebelum kita berkenalan dengan pokok asam jawa ini, mari kita ketahui manfaat buah asam jawa ini.